Label 10

Home » » Istiadat Angkat Sumpah Menteri Besar Selangor Penuh Adat Istiadat Melayu !! 10 Akujanji Menteri Besar !!

Istiadat Angkat Sumpah Menteri Besar Selangor Penuh Adat Istiadat Melayu !! 10 Akujanji Menteri Besar !!

Written By AAKJ on Wednesday, May 15, 2013 | 12:00 PM



Memang terbaik apa yang berlaku semalam di balai rong seri istana alam shah klang...

Kenapa aku kata terbaik, pasal istiadat tu betul-betul dibuat dengan mengikut istiadat raja-raja melayu...

Dengan tangan memegang tombak, khalid membaca ikrar taat setia kemudian melutut di hadapan rajanya sambil bersumpah bahawa dia akan menjaga agama Islam dan ketuanan orang melayu di selangor...

Takkan istiadat melayu pun orang nak kata rasis kut...



Pada istiadat itu, Abdul Khalid sambil memegang sebatang tombak yang matanya berbalut kain kuning, turut melafazkan 10 akujanji jawatan Menteri Besar untuk dilaksana sepanjang tempoh perkhidmatannya.

Akujanji itu termasuk akan menjunjung tinggi prinsip Rukun Negara, memelihara dan melindungi kesucian serta keagungan agama Islam sebagai agama negeri, mematuhi kedaulatan institusi Raja dan mempertahankannya daripada digugat oleh mana-mana pihak serta melaksanakan tugas beliau dengan integriti yang tinggi, penuh rasa tanggungjawab, amanah, jujur dan ikhlas.

Menteri Besar juga berjanji memelihara keistimewaan orang Melayu dan kepentingan kaum lain seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, mendahulukan rakyat selagi ia tidak menjejaskan kepentingan kestabilan, kemakmuran dan keselamatan negeri; memelihara hubungan baik kerajaan Persekutuan dan negeri lain dalam Persekutuan serta memastikan perpaduan antara kaum dengan menitikberatkan semangat muhibah dan kerjasama antara kaum.









gambar ehsan jinggo fotopages
Share this article :

+ comments + 6 comments

Anonymous
May 15, 2013 at 12:13 PM

Sekurang kurangnya...kalid kena ingat sumpahnya...n x sewenang wenangnya tnduk pada kehendak Dap..
Kalo tidak kena makan sumpah.

akuanakcina
May 15, 2013 at 12:13 PM

Ok
Benda baik tu
Jom kita sokong

Anonymous
May 15, 2013 at 12:18 PM

mana adun2 dap? pi minum beer ka???

May 15, 2013 at 12:35 PM

Bab istiadat ni aku tabik kepada Sultan Selangor...ingat sikit yer Selangor ini negeri Melayu-Islam, bukan negeri harbi DAP yang mereka boleh suka-suka jual babi, todi, judi, chinadoll dan rampas tanah-tanah Melayu-Islam macam dulu.


Anonymous
May 15, 2013 at 1:01 PM

Ada aq kesah Khalid angkat sumpah pegang tombak ke , pegang BOM ke yg jelas dah byk harta Selangor tergadai 5 tahun Khalid jadi MB..xlama lagi bila syabas pon akan trgadai bila dah di amek alih oleh Selangor...padan muka la org Selangor trmsk aq sok kalo xde air nak mandi..pakat2la korg trmasok aq gi umah Khalid bw baldi sbb nak air pree....

Anonymous
May 15, 2013 at 7:56 PM

Ingat Tan Sri Khalid, bersumpah sambil pegang tombak tu besar, mendalam maknanya....

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger