Label 10

Home » , , » Jihad Ekonomi !! Sudah Sampai Masanya Kita Tidak Menoleh Belakang Lagi !!

Jihad Ekonomi !! Sudah Sampai Masanya Kita Tidak Menoleh Belakang Lagi !!

Written By AAKJ on Wednesday, May 15, 2013 | 9:59 AM



Jihad untuk memajukan ummah

Islam tidak menolak pembangunan ekonomi yang berorientasikan keusahawanan, malah Islam menggalakkan umatnya supaya mengembangkan kreativiti manusia dalam memajukan bidang itu. Keusahawanan angkat martabat, bangun hati

Apa yang menjadi keutamaan dalam Islam dalam aktiviti keusahawanan ialah sejauh mana aktiviti tersebut menyumbang ke arah mengangkat martabat insan dan membangunkan hati budi manusia.

Allah melahirkan insan dengan bakat akliyah, rohaniah dan juga jasmaniah. Ketiga-tiga bakat ini perlu disuburkan supaya ia menyumbang untuk pembangunan diri dan memberi kesan baik terhadap persekitarannya.

Ketiga-tiga bakat ini perlukan pedoman yang bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah supaya proses pembangunan boleh berlaku dengan seimbang.

Dalam proses untuk membela agama dan bangsa serta membangunkan negara, umat Islam perlu memantapkan diri mereka dengan akidah Islam yang kukuh. 

Akidah memainkan peranan besar untuk melahirkan pengorbanan jihad dalam menghadapi musuh serta unsur yang boleh meruntuhkan negara agama serta bangsa.

Jihad adalah satu konsep umum yang merangkumi segala aspek perjuangan dalam usaha menegakkan agama Allah yang maha suci. 

Ia bermula daripada usaha menguasai diri sebagai penganut Islam yang setia. Secara tidak langsung, ia menjadi asas membina keluarga Islam yang utuh bagi menjadi asas kepada pembinaan masyarakat Islam yang kukuh.

Di samping itu, jihad juga menuntut kepada pelaksanaan ajaran dan peraturan Islam di setiap peringkat dalam satu sistem yang teratur, mempertahankan Islam, masyarakat dan negara daripada ancaman musuh sama ada dari dalam atau dari luar dan banyak lagi.

Ada satu unsur yang sangat penting dalam jihad ini. Unsur itu ialah kesungguhan dan dedikasi dalam melaksanakannya. Dalam erti kata lain, ia difahami sebagai pengorbanan dua faktor iaitu harta dan nyawa.

Dengan konsep ini, kita tidak akan menyentuh sensitivity bangsa lain kerana ia adalah tuntutan agama.

Jom Kita Bantu Melayu Islam dan Bumiputera Islam !!

Senarai barangan untuk d bantu sila klik d SINI
Share this article :

+ comments + 3 comments

Anonymous
May 15, 2013 at 10:30 AM

Ayuh JIHAD EKONOMI!!!

Make sure most of Muslims spend over than 50% from their monthly salary to the pockets of Muslims!!!

Anonymous
May 15, 2013 at 11:08 AM

Ada diskaun ke?

Anonymous
May 15, 2013 at 11:24 AM

SEBAB DISKAUN KITA SERING TERTIPU

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger