Label 10

Home » , , » Izan Suhaila Bongkar Pembohongan Air Asia Hulur Bantuan

Izan Suhaila Bongkar Pembohongan Air Asia Hulur Bantuan

Written By AAKJ on Thursday, May 23, 2013 | 4:00 PM








Wanita yang dihalang menaiki penerbangan pulang Air Asia di Ho Chi Minh, Vietnam, Izan Suhaila Mohd Ali, 36, menafikan kenyataan Air Asia yang mendakwa pihaknya sudah menawarkan bantuan tetapi ditolak oleh Izan sendiri.

Izan tampil menerusi Buletin Utama TV3 semalam menyatakan, kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia Berhad, Aireen Omar itu adalah tidak benar sama sekali.

“Kenyataan itu adalah tidak benar, Aireen menyatakan telah menawarkan tempat penginapan tetapi kami menolak, tapi sebenarnya tiada apa-apa ‘arrangement’ yang dibuat Air Asia.

“Itu yang saya tak pasti (tentang) kenyataan Aireen, daripada mana info yang dia dapat itu,” katanya.

Aireen sebelum ini menerusi kenyataan medianya menyatakan pihak Air Asia ada menawarkan bantuan penerbangan balik secara percuma selepas bayinya yang berusia 14 bulan, Maryam Sofea Mohd Riza Izan pulih sepenuhnya tetapi mendakwa Izan telah menolak bantuan tersebut kerana dirinya sudah mempunyai apa yang diperlukan sepanjang berada di Ho Chi Minh.

Beberapa individu yang telah melihat insiden berkenaan di lapangan terbang tersebut telah bermurah hati menampung perbelanjaannya sepanjang berada di sana.

“Saya berterima kasih rakan-rakan yang telah menaiki penerbangan Air Asia pada malam itu, memang saya sangat tersentuh hati, yang mana dia tak kenal saya, saya pun tak kenal dia…terima kasih banyak-banyak. Dengan ‘donation’ itu, kami dapat cari hotel, beli susu,” jelasnya lagi dalam nada sebak.

Sementara itu, Aireen tetap dengan kenyataan medianya sebelum ini mengatakan bahawa Air Asia telah menawarkan bantuan tetapi ditolak oleh Izan dan pihaknya menghormati keputusan yang dibuat oleh wanita tersebut.

Aireen berkata Air Asia terpaksa mematuhi piawaian antarabangsa yang melarang penumpang menaiki pesawat jika penumpang itu menghidap penyakit berjangkit atau tidak mendapat pengesahan dari doktor.

Aireen juga menambah Air Asia akan berjumpa dengan keluarga Izan dalam masa terdekat ini untuk meleraikan segala kekusutan yang timbul daripada insiden terbabit.

Sabtu lalu, Izan dan bayinya, Maryam dilarang menaiki penerbangan pulang Air Asia dari Ho Chi Minh ke Malaysia selepas Maryam dikatakan masih belum sihat dari demam campak sedang hakikatnya anaknya itu sudah sembuh dan tidak membahayakan penumpang lain.

Mereka kemudiannya mendapat ihsan daripada orang awam yang melihat insiden terbabit dan kemudiannya di bawa pulang dengan menaiki pesawat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) bersama dua ahli keluarganya yang lain.
Share this article :

+ comments + 5 comments

Anonymous
May 23, 2013 at 5:33 PM

Aireen mengatakan bahawa mereka membantu Izan dan IZAN menolak... ??
Ape ke bangang statement nie???
Aireen ade ke semasa Izan dalam kesusahan??
Buat ape IZAN mencari ehsan orang lain yang tidak dikenalai??
bersusah payah mencari wang untuk perbelanjaan anak dan untuk perbelanjaan menaiki MAS???
Sungguh selfish and bad fish statement Aireen ... tak payah la nak jumpa IZAN dan menawarkan wang penutup mulut.... semua orang sudah tahu perangai sebenar kau...

Anonymous
May 23, 2013 at 6:42 PM

fucu u AIRASIA..

Anonymous
May 24, 2013 at 12:19 AM

High officer pun dah jadi baluci jugak...hehehe

Anonymous
May 24, 2013 at 7:06 PM



Izan seorang Ibu yang tak bertanggungjawab. Dia tetap bawak anak pergi luar Negara Walaupun budak tu sakit. Dah la tu, shopping Bagai nak rak sampai habis duit.

Bila doctor sahkan bayi tak boleh terbang terus buat drama Kat airport dan mintak sedekah.

Si mazidul pulak gila glamor. Dia akan buat apa saja untuk menonjolkan diri dia yang nak jadi hero pencegah jenayah. Izan bodoh termakan hasutan mazidul.

Bukan salah AirAsia budak tu sakit. AirAsia tak perlu tolong sebab memang salah izan. Ibu zalim yang paksa anak sakit ikut pergi shopping.

Anonymous
June 29, 2013 at 4:05 PM

Anonymous, kau ni manusia ke ape?

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger