Label 10

Home » , , » Adam Adli : Hukuman Denda RM5000 @ Penjara 5 Tahun Dibawah Akta Hasutan

Adam Adli : Hukuman Denda RM5000 @ Penjara 5 Tahun Dibawah Akta Hasutan

Written By AAKJ on Thursday, May 23, 2013 | 5:00 PM

Adam Adli

Penuntut Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) Adam Adli Abd Halim hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan memberi ucapan berbaur hasutan dalam satu ceramah, minggu lepas.
Adam Adli, 23, didakwa memberi ucapan dalam ceramah dengan menyebut kata-kata menghasut bagi membangkitkan rakyat negara ini supaya mengubah kerajaan yang telah tertubuh mengikut undang-undang, dengan cara yang tidak sah.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Nombor 1, Jalan Maharajalela, Dang Wangi di sini antara 8.55 malam dan 11.15 malam, 13 Mei lepas.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta yang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga lima tahun, jika sabit kesalahan.
Sepanjang prosiding, Adam Adli yang berada di dalam kandang tertuduh tanpa digari kelihatan tenang dan beberapa pemimpin pakatan rakyat seperti Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar turut hadir.
Ketika memohon mahkamah menetapkan jumlah jaminan sebelum perbicaraan, Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Abazafree Mohd Abbas telah menawarkan jaminan berjumlah RM5,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.
Bagaimanapun, peguam N.Surendran yang mewakili Adam Adli memohon anak guamnya dibebaskan dengan bon sendiri iaitu tanpa menyerahkan wang atau penjamin dengan alasan tertuduh memberi kerjasama sepenuhnya pada pihak polis sepanjang siasatan kes itu.
Surendran berkata pertuduhan yang dihadapi tertuduh juga tidak mempunyai merit dan tidak berasas kerana Akta Hasutan 1948 akan dimansuhkan sepenuhnya.
“Ia bersifat tidak adil kepada tertuduh kerana tiada elemen keganasan yang berlaku, yang boleh memudaratkan orang ramai dan kemungkinan pihak pendakwaan untuk berjaya dalam kes ini adalah tipis,” katanya.
Mengenai pemansuhan Akta Hasutan, Mohamad Abazafree berkata akta itu masih berkuatkuasa dan sesiapa yang melakukan kesalahan di bawah akta itu akan menerima akibat.
Katanya walaupun tiada elemen keganasan berlaku tetapi terdapat elemen mengajak kepada keganasan dan ia masih menyalahi undang-undang.
“Jaminan yang ditawarkan adalah untuk memastikan kehadiran tertuduh dan sebarang pelanggaran terhadap undang-undang itu adalah satu kesalahan,”katanya.
Sementara itu, Surendran memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya akan memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk membatalkan pertuduhan atas alasan salah guna kuasa mahkamah.
Hakim Norsharidah Awang kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 2 Julai untuk sebutan kes.
Bapa Adam Adli, Abd Halim Abd Hamid membayar wang jaminan itu.
Barisan pendakwaan turut dibantu Timbalan Pendakwa Raya Azlina Rasdi manakala pembelaan dibantu peguam Datuk S.Ambiga. – BERNAMA
Share this article :

+ comments + 3 comments

Anonymous
May 23, 2013 at 5:42 PM

seronok jadi perusuh jalanan ni duit pun banyak kena bayar jaminan rm5000 pun takde hal punya....

Anonymous
May 23, 2013 at 5:54 PM

Bab fenda ini meka ada duit juta juta..pinda hukuman wajib sekurang 1 thn tak lebih 6 thn dan tidak kurang denda rm 100k , meka kutip derma dan boleh bayar denda sesiput tu..Jgn ikan bilis denda max , dia ni memang ikan bilis tak ikan jerungyg bela dia org ini..

Anonymous
May 28, 2013 at 5:21 PM

kes-kes macam nie patut kena sebat jer...baru dia tau...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger