Label 10

Home » , , » Fauzi Marzuki Sah Ceraikan Isteri

Fauzi Marzuki Sah Ceraikan Isteri

Written By AAKJ on Friday, May 24, 2013 | 12:00 PM



Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di Taman Keramat di sini pada Khamis, mengesahkan perceraian komposer terkenal, Fauzi Marzuki serta pasangannya Hashimah Ramli, dengan talak satu.
Menurut laporan Berita Harian, Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin, membuat keputusan itu selepas memutuskan bahawa mahkamah berpuas hati bahawa penyataan cerai yang dilafazkan Fauzi, 58, kepada Hashimah, 44, memenuhi rukun dan syarat talak.
Shaiful berkatam lafaz cerai itu berbunyi: “Mulai hari ini, saya Fauzi Marzuki ceraikan Hashimah Ramli dengan talak satu.”
Dalam pada itu, beliau memutuskan kenyataan cerai Fauzi yang telah dilafazkan pada Mac lalu di hadapan dua orang saksi di kediaman pasangan tersebut di Bukit Antarabangsa sekaligus menyebabkan gugurnya talak satu.
Hashimah juga diperintahkan supaya melalui proses edah sebanyak tiga kali suci.
Selain itu, pasangan berkenaan hendaklah mendaftarkan perceraian itu di pejabat pendaftar mahkamah dan sijil nikah mereka perlu dibatalkan.
Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
May 26, 2013 at 10:30 PM

bukankah degn talak 2? sebab dia dh lafaz depan judge - kali kedua - dan pd bln mac yg lepas - lafax kali pertama?
cerai jatuh dgn LAFAZ yg suarakan oleh suami. jika suami lafaz lagi, maka dh jadi talak dua............

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger