Label 10

Home » , , » PKR Bangga Penyokong Langgar Undang-undang Singapura

PKR Bangga Penyokong Langgar Undang-undang Singapura

Written By AAKJ on Friday, May 24, 2013 | 11:00 AM




Parti Keadilan Rakyat (PKR) secara terbuka mengakui berbangga dengan 21 rakyat Malaysia di Singapura yang ditahan polis republik itu atas kesalahan berhimpun kerana menyifatkannya sebagai kebebasan bersuara mereka yang mahukan keadilan sistem pilihan raya di negara sendiri.

Sehubungan itu, empat pimpinan kanan PKR iaitu dua Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar dan Datuk Chua Jui Meng serta Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin dan Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Idris Jauzi hari ini menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Tinggi Singapura di Jalan Tun Razak di sini hari ini.

Pengerusi pertubuhan bukan kerajaan haram Bersih, Datuk S. Ambiga turut hadir bagi menyatakan sokongan terhadap PKR dan tindakan rakyat Malaysia terbabit.

Ketika ditemui media selepas penyerahan itu, Tze Tzin berkata, tindakan 21 rakyat Malaysia tersebut merupakan satu bentuk patriotisme kerana mahukan keadilan di tanah air sendiri dan tiada kena-mengena dengan Singapura.

Katanya, PKR juga sedaya-upaya akan menyediakan bantuan kepada mereka yang terbabit sekiranya diperlukan.

"Dan kita sebagai rakyat Malaysia cukup bangga dengan tindakan mereka, walaupun mereka ada langgar undang-undang di Singapura tetapi itu satu kebebasan suara rakyat Malaysia.

"Mereka tidak berniat untuk langgar sebarang udang-undang atau cabar kerajaan Singapura tapi tindakan mereka terhadap Malaysia, tiada kena-mengena dengan kerajaan Singapura (kerana) mereka nak tunjuk patriotisme terhadap Malaysia," katanya.

Memorandum tersebut antaranya menyatakan kebimbangan PKR terhadap 21 rakyat Malaysia yang ditahan akibat menganjur dan menyertai protes haram di Singapura pada 11 Mei lalu.

Akibat protes haram di Merlion Park di republik tersebut pada 11 Mei lalu, salah seorang peserta dibatalkan permit kerja di Singapura, sementara dua lagi menghadapi pembatalan pas lawatan sosial ke negara jiran tersebut.


Share this article :

+ comments + 6 comments

Anonymous
May 24, 2013 at 11:05 AM

Sama bangganya mereka bila penceroboh menyerang Sabah ye.

Anonymous
May 24, 2013 at 11:12 AM

So maknanya singapura lagi ketat undang2 dlm menangani makhluk2 ni berbanding malaysia. So malaysia masih bebas bersuara dan berhimpun sbb jrg org kana tangkap.

Anonymous
May 24, 2013 at 11:30 AM

sejak bila pulak pkr mewakili rakyat malaysia

May 24, 2013 at 11:40 AM

Sedih dan kesihan kpd pengundi di Lembah Pantai...
Wakil mereka spt 5 thn lepas .... sibuk dengan perkara-perkara yang takde kaitan dengan nasib dan perjuangan penduduk kawasan Lembah Pantai ni...

Anonymous
May 24, 2013 at 11:56 AM

Aku heran kenapa pengundi lembah pantai masih Menangkan anak papa hebat ni....satu kesilapan besar !!

Anonymous
May 24, 2013 at 8:47 PM

Ah tu berlakon ajer. Mana berani singapura nak hukum peserta tu. Pap dan Dap kan adik beradik. Berlakon jer semua tu...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger