Label 10

Home » , , , » Episod 1 Kerajaan Melayu Hilang Satu Demi Satu Di Peta Dunia..Kini Giliran Tanah Melayu !!

Episod 1 Kerajaan Melayu Hilang Satu Demi Satu Di Peta Dunia..Kini Giliran Tanah Melayu !!

Written By AAKJ on Monday, May 27, 2013 | 1:00 PM


Sejarah tidak menipu..sejarah adalah sumber terbaik bagi manusia untuk d jadikan iktibar..jadikan sebagai panduan hala tuju kehidupan seterusnya..

Allah hantar Nabi dan Rasul juga untuk menjadi sumber panduan manusia hingga kiamat..kehidupan mereka adalah sejarah..seluruh perjalanan kehidupan mereka adalah sejarah untuk manusia jadikan pedoman. Apalagi selepas Nabi Muhammad tiada lagi Nabi d utuskan..yang tinggal hanya sejarah untuk d kaji dan d ikuti serta itulah 'sempadan peradaban' bagi manusia untuk bentuk ketamadunan seterusnya.

Setiap bangsa ada sejarah tersendiri, sejarah bangsa Quraisy hinggalah ke sejarah bangsa Melayu. Bangsa yang kuat 'bertahan lama'..bangsa yang lemah..mereka bakal 'menjadi sejarah' dan akhirnya lenyap begitu saja..lenyap tanpa nesan !

Melayu !! bangsa yang memang terkenal d dunia..bangsa yang punyai kerajaan sendiri..malah..bangsa Melayu bukan sahaja ada d Malaysia sahaja..malah rumpun Melayu wujud dan amat kuat d rantau Asia..dan dunia juga gerun dengan Kerajaan Melayu yang telah lama tamaddun dan berkuasa d Asia ketika itu.

Saat itu, Bangsa Melayu bukan lagi Islam..kekuatan Bangsa menjadi tonggak kesatuan dan perpaduan..

Keruntuhan Melayu, contohnya Melayu Campa..lenyap akibat ada petualang dalaman yang tamak dan haloba..gilakan pangkat dan kuasa dan akhirnya menjadi 'perantara' musuh yang ingin lihat Bangsa Melayu Campa ketika itu hancur..dan akhirnya..bangsa Melayu yang punyai Kerajaan Melayu Campa berkubur dan hilang d peta dunia..hanya tinggal nama..

Apa saja Bangsa yang ada akan hancur bila ada parasit dalam bangsa itu sendiri..sifat haloba inginkan kuasa maka sanggup bersekongkol dengan bantuan luar..akhirnya..parasit kekal sebagai boneka dan tak mampu untuk perjuangkan BANGSA sendiri !!

Aakj berkesempatan ke Cambodia atau Kemboja..bukan pertama kali aakj ke sana..tapi pertama kali aakj melawat 'Killing Field'..baca dan lihat video atau movie yang d garab pengarah Amerika tak sama dengan lihat dan dengar sendiri dari orang tempatan..

Kesempatan jemputan sahabat d sana aakj gunakan sepenuhnya untuk jadikan ianya SIRI jelajah BUMI MELAYU YANG HILANG..dan alhamdulillah jemputan pertama aakj terima adalah ke Cambodia..lihat sendiri bagaimana lenyapnya Bangsa Cam yang Islam d bumi kuffar..

Tak perlu aakj cerikan lakaran sejarah perang..cuma ada yang tersirat..dan ianya sama dengan keruntuhan Kerajaan Melayu Campa pada 1460..Melayu Hindu..

Melayu Campa yang ada d Kemboja saat d hancurkan dan d musnahkan oleh Rejim Komunis Pol Pot adalah siri lanjutan penghapusan etnik MELAYU..bezanya..Melayu Campa Kemboja sudah beragama Islam ketika itu..

Ramai rakyat Malaysia datang ke sini..bukan sekadar shopping..rakyat Malaysia yang berbangsa Melayu datang lihat dan resap sendiri peristiwa ngeri pembunuhan Melayu Islam Kemboja..Melayu Campa awal tahun 70an dulu..

Renungkan..musuh yang sama yang hancurkan Kerajaan Melayu Campa..musuh inilah yang benamkan Melayu Campa yang Islam agamanya d Kemboja..Dendam tak padam..akhirnya 3 juta d bunuh hidup-hidup..majoritinya anda lihat mangsa bunuh d Kemboja adalah Melayu Islam Campa..!!

Yang menarik dan mengejutnya..kaedah nak hapuskan Melayu sama saja...bersambung..






Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
May 27, 2013 at 3:04 PM

Wow..terbaik AAKJ.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger