Label 10

Home » » Anwar Berjanji Umpama Janji Beliau Dengan Pelacur Yang Di Sewanya !! No No No NO !!

Anwar Berjanji Umpama Janji Beliau Dengan Pelacur Yang Di Sewanya !! No No No NO !!

Written By AAKJ on Sunday, May 26, 2013 | 10:30 PM



Bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim memungkiri perjanjian rahsia untuk menghormati keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Malaysia, yang diuruskannya sebagai orang tengah, antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan ketua pembangkang itu.
Akhbar The Wall Street Journal (WSJ) hari ini melaporkan Jusuf mendedahkan bahawa perjanjian bertulis dibuat antara Najib dan Anwar pada April iaitu menegah daripada melakukan serangan peribadi semasa berkempen dan menerima keputusan pilihan raya 5 Mei, yang dicadangkan sendiri oleh Anwar.
Menurut Jusuf, Anwar menemui beliau berhubung perjanjian itu dua bulan lepas dan meminta Jusuf menemui lawannya serta mendapatkan komitmen beliau berhubung keputusan pilihan raya yang aman.
Bagaimanapun, menurut akhbar itu Anwar mendakwa Jusuf yang menemui beliau untuk menawarkan bantuan dalam memastikan keputusan pilihan raya yang teratur.
WSJ juga melaporkan Anwar mengakui beliau telah membuat perjanjian bersama Najib, dengan Jusuf sebagai orang tengah, namun Anwar mendakwa Barisan Nasional (BN) telah membatalkannya melalui cara mereka menjalankan kempen. Jusuf juga berkata beliau menghubungi Anwar sehari selepas hari pengundian pada 5 Mei untuk meminta pemimpin pembangkang itu menerima keputusan tersebut.
“Kami ada komitmen,” Jusuf dipetik sebagai berkata. “Pada Isnin, saya meminta Anwar menerima (keputusan) dan melihat kepada realiti. Tetapi mereka berkata, No NO NO NO !!”.
PRU13 menyaksikan BN yang diterajui Najib kembali berkuasa dengan memenangi 133 daripada 222 kerusi Parlimen, yang turut menyaksikan Anwar dan pakatan pembangkang yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu mengadakan perhimpunan di seluruh negara sejak 8 Mei.
Tanpa mengkritik mana-mana parti, Jusuf berkata beliau berpendapat kedua-dua pihak menunjukkan komitmen mengelak daripada melakukan serangan peribadi semasa kempen.
Jusuf pernah bertindak sebagai orang tengah bagi perjanjian damai dalam pelbagai konflik di Kepulauan Indonesia yang bergolak semasa beliau menjadi naib presiden dari 2004 hingga 2009 dan berperanan dalam perjanjian damai di Thailand dan Sri Lanka.

 – BERNAMA
Share this article :

+ comments + 3 comments

Anonymous
May 26, 2013 at 11:25 PM

Anwar sakit. Takde orang nak ubatkan ke?

Anonymous
May 27, 2013 at 12:46 PM

Kalau Anuwar menang dah tentu dia guna Jusuf Kalla utk mendesak Najib jgn buat kacau... sebab dah ada perjanjian tapi Allah SWT dah tentukan Najib menang maka meroyan-royanlah Anuwar... tapi pelik kenapa Najib remain silent haa... hmmm pelikkan...

Anonymous
May 27, 2013 at 5:20 PM

Gitu laa kalau PERASAN MENANG...la tu.buat perjanjian...boleh la nuor tunjuk baik merangkul pihak lawan kalau dia menang....aikk kalah... MEROYAN JADINYA....

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger