Label 10

Home » , » #AnalisisPRU13 : Pengundi Cina Begitu Yakin Mereka Bakal Jadi Pemerintah ?!!

#AnalisisPRU13 : Pengundi Cina Begitu Yakin Mereka Bakal Jadi Pemerintah ?!!

Written By AAKJ on Wednesday, May 8, 2013 | 1:00 PM




Diperdaya pembangkang kononnya undi mereka boleh tumbangkan BN: PM

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak berkata pengundi Cina telah diperdaya oleh pembangkang kononnya undi mereka boleh menumbangkan Barisan Nasional (BN) dan menukar kerajaan.

Namun, Perdana Menteri berkata, ia sebenarnya tidak benar kerana walaupun sebahagian besar masyarakat Cina menyokong pembangkang, BN mendapat mandat menerusi pengundi Melayu dan Bumiputera lain serta India.


Najib menjelaskan beliau tidak menyalahkan pengundi Cina, sebaliknya mengecam tindakan pembangkang melakukan penipuan besar dan mereka cerita tidak logik dan tiada bukti seperti kononnya ada 40,000 pengundi hantu warga Bangladesh, semata-mata mahu merebut kuasa.


Terpedaya

“Mereka telah diperdaya oleh pembangkang. Meskipun di sesetengah tempat, 90 peratus sokong DAP atau pembangkang, sokongan orang Melayu, Iban, Kadazan. Bumiputera dan India, BN masih kekal sebagai kerajaan.

“Kita harus sedar parti pembangkang sudah menggambarkan kepada masyarakat Cina bahawa mereka boleh ubah kerajaan. Malah, itu slogan yang digunakan. Mereka yang mengundi pembangkang benar-benar percaya boleh ubah kerajaan.

“Tetapi, hakikatnya walaupun sebahagian besar masyarakat Cina sokong pembangkang, kerajaan tidak tumbang. Ini satu penipuan besar kepada masyarakat Cina sehingga mereka betul-betul yakin kerajaan akan berubah kepada pembangkang,” katanya pada sidang media selepas perjumpaan khas tertutup dengan Ahli Parlimen BN, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam. 


Perdana Menteri berkata, walaupun BN banyak membantu masyarakat Cina, mereka tetap mempercayai penipuan pembangkang kerana dihasut, terutama oleh DAP.

Bukan salah pengundi Cina

Sementara itu, ketika diasak pemberita agensi berita luar negara yang mempersoalkan tajuk muka depan akhbar Utusan Malaysia semalam ‘Apa lagi Cina mahu?’ yang mempertikaikan sikap pengundi Cina itu, Najib berkata:

“Ya lah... tetapi anda menyalahkan Utusan. Bagaimana pula dengan akhbar Cina... adakah anda menyatakan bahawa akhbar Cina menyatakan perkara yang benar sepanjang masa?”

Namun, Najib menjelaskan beliau tidak menyalahkan pengundi Cina, sebaliknya mengecam tindakan pembangkang melakukan penipuan besar dan mereka cerita tidak logik dan tiada bukti seperti kononnya ada 40,000 pengundi hantu warga Bangladesh, semata-mata mahu merebut kuasa.

Beliau juga berkata, kemerosotan tujuh kerusi Parlimen BN kepada 133 berbanding 140 pada 2008 berpunca daripada penipuan pembangkang terhadap pengundi Cina.

Katanya, jika hanya 25 peratus pengundi Cina mengundi BN seperti 2008, beliau dapat membentuk kerajaan majoriti dua pertiga.

Justeru, bagi menarik balik sokongan pengundi Cina yang terpengaruh dengan penipuan besar pembangkang, Najib berkata, semua pihak termasuk media, perlu menerangkan perkara sebenar kepada mereka.

BN kaji secara mendalam

Ditanya sama ada perubahan akan dilakukan berikutan keputusan PRU-13, beliau berkata, BN akan mengkaji secara mendalam dan membincangkannya sesama parti komponen untuk menentukan langkah yang patut diambil.

Mengenai kenyataan penganalisis politik bahawa pembangkang mendapat sokongan pengundi bandar, beliau menjelaskan BN mempunyai fakta bahawa sokongan daripada banyak pusat daerah mengundi (PDM) kawasan Melayu semakin kukuh berbanding 2008.

“Pada 2008 UMNO menang 79 kerusi, kali ini 88 kerusi. Ini bermakna undi Melayu bertambah kukuh di seluruh negara,” katanya.


Aakj : patutlah..ketika awal pagi d PRU kali ini..aakj terasa lain sangat..berbeza dengan PRU yang lepas-lepas..nanti aakj ceritakan..ngeri..
Share this article :

+ comments + 2 comments

Anonymous
May 8, 2013 at 2:18 PM

Tak yakin sgtlah saya dgn istilah "tertipu". Smart voters yang benar benar bermaksudkan "ubah". Smart voters(?) susah tertipu. Yes.... :) yeaahh.... bagus juga. Hikmah yang sangat banyak. Alhamdulillah dgn segala ketentuan Allah. Syukur ke hadrat Allah swt. Maha Bijaksana Dia yg mengatur segalanya. Its just fine of what had happened. Why worry..? Relax... tenang tenangkan jiwa dan fikiran. Relax dan santai aja...:)

Anonymous
May 8, 2013 at 7:33 PM

saya tak setuju lah dgn istilah tertipu....pada hemat saya sebagai pemikir melayu yang terulung...itu adalah cara kaum cina untuk meminta pihak pemerintah menjalan pemberian BRIM ke dua....bila nak bagi?....kahkahkah

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger