Label 10

Home » , , » #PRU13 : Pas Berkeras Nak Laksana Hudud, Dap Tolak Hudud !! Anwar, Azmin & Stopa Bakal Di Sula ?!!

#PRU13 : Pas Berkeras Nak Laksana Hudud, Dap Tolak Hudud !! Anwar, Azmin & Stopa Bakal Di Sula ?!!

Written By AAKJ on Friday, April 26, 2013 | 12:30 AM


Pas tetap akan melaksanakan hukum hudud sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang di Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Mei ini walaupun ditentang parti komponennya, DAP.


Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, bagaimanapun hudud hanya akan dilaksanakan untuk orang Islam tanpa melibatkan golongan bukan Islam.

“Hudud ini dalam agama Islam, juzud daripada Islam, sokong atau tidak ia adalah asam garam daripada al-Quran sendiri.



“Tentang hudud kita laksanakan pada orang Islam sahaja dan ia akan diluluskan oleh satu badan dipanggil kehakiman, bukan orang politik,” katanya kepada media selepas merasmikan projek pembangunan bercampur Taman Iman Jaya, Wakaf Che Yeh di sini, semalam.



Menurutnya, kelulusan daripada badan kehakiman pula bergantung kepada syarat tertentu sebelum ia benar-benar dapat dilaksanakan.

“Jika tak cukup syarat, maka turun hudud kepada takzim, cukup syarat dia baru guna hudud, itulah sudah direkod sudah ditulis bertahun-tahun dulu,” katanya mengulas kenyataan Timbalannya, Datuk Haron Din yang menyifatkan persetujuan DAP menggunakan logo Pas bermakna parti itu (DAP) bersetuju dengan dasar Pas.






Apa kata Karpal !! :

Pengerusi DAP, Karpal Singh menegaskan beliau tetap dengan pendiriannya yang tidak bersetuju dengan perlaksanaan hukum berkenaan di negara ini.

Katanya, hudud tidak boleh dilaksanakan kerana mengikut Perlembagaan tidak ada apa-apa peruntukan yang menunjukkan Malaysia adalah sebuah negara Islam.

“Dalam tahun 1988, lima hakim kanan Mahkamah Agung yang diketuai Tun Salleh Abas ketika itu telah memutuskan undang-undang yang terpakai dalam negara adalah undang-undang sekular.

“Jadi mana boleh dalam satu negara ada dua undang-undang. DAP menghormati apa yang terkandung dalam perlembagaan, oleh itu undang-undang Islam boleh diletakan di bawah kuasa Raja-Raja Melayu sahaja," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din yang bertegas mahu melaksanakan hudud sekiranya pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Sementara itu di Arau, mengulas perkara tersebut, Haron mengulangi ketegasannya untuk melaksanakan hukum hudud sekiranya pakatan pembangkang memerintah negara ini.

Menurut beliau, pendiriannya itu mengambil kira hukum hudud sebagai asas dalam perundangan Islam.

“Sebagaimana solat, ia perlu dilaksanakan," kata beliau selepas merasmikan Pesta Wau Kampung Kenangan, Simpang Empat dekat sini hari ini.

Mengulas lanjut, Haron berkata, sekiranya pakatan pembangkang mendapat mandat memerintah negara ini, isu tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat khas pakatan berkenaan.

Sehubungan itu, beliau tidak mahu membuat kenyataan lanjut dalam media massa berhubung isu tersebut untuk mengelakkan ‘perbalahan’ dalam kalangan pemimpin pakatan berkenaan.


Share this article :

+ comments + 2 comments

April 26, 2013 at 12:47 AM

Ini semua "Sandiwara" Pakatan Haramjadah.
Lepas menang baru nak bincang dalam mesyuarat khas konon. Pigidah mabuk!

Kalau lepas menang dan lepas mesyuarat DAP tetap berkeras PAS boleh buat apa?

Sanggupkah Hadi Awang yang gila kuasa tu keluar dari Pakatan dan berikan majoriti pada BN/UMNO?? Atau mereka akan spin macam selalu dengan mengatakan Hudud belum sesuai untuk dilaksanakan??
Orang Melayu jangan begitu mudah terperdaya dengan dakyah PAS ni.

UMNO menggunakan Politik untuk memperkasakan Agama,
PAS menggunakan Agama untuk memperkasakan Politik.


Tepuk dada, tanya aqidah.

http://mycybertrooper.net.ms/

Anonymous
April 26, 2013 at 2:02 AM

mana ada hukum sula dalam Undang2 Islam maupun hudud, hang ni pun agak2 laaa.... aku pun UMNO jugak. Toksah laa terpengaruh sgt dgn semerah padi yg karut tuh

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger