Label 10

Home » , , » #PRU13 : Pakatan Haram Telah Siapkan Draf Perlembagaan Baru

#PRU13 : Pakatan Haram Telah Siapkan Draf Perlembagaan Baru

Written By AAKJ on Thursday, April 25, 2013 | 11:30 PM






Tun Mahathir mengingatkan rakyat negara ini yang Perlembagaan Persekutuan mungkin diubah dan digantikan dengan dasar-dasar yang merugikan mereka jika pembangkang dibiarkan  memenangi PRU kali ini.

Bekas perdana menteri berkata dasar meritokrasi yang sering dilaung-laungkan pembangkang juga mungkin dilaksanakan sehingga menyebabkan segala peluang hanya diberikan kepada kumpulan terbaik manakala kurang cemerlang akan terus ketinggalan.


Menurut beliau berdasarkan dasar kongsi kuasa dan kekayaan yang diamalkan BN selama ini, golongan kurang cemerlang tetap diberikan peluang untuk berjaya termasuk memegang jawatan-jawatan tinggi dalam pentadbiran kerajaan.

"Kalau parti lawan berkuasa dan laksanakan meritokrasi, segala peluang diberikan kepada yang terbaik. Maka kita kurang baik dan ramai daripada kita bukanlah yang terbaik,mereka yang kurang kebolehan tidak akan mendapat peluang.

Mereka tidak akan dapat peluang pegang jawatan ketua TLDM, TUDM dan naib canselor universiti kalau dasar meritokrasi dilaksanakan. Kita bukan tidak mahu meritokrasi, tetapi kita juga beri pertimbangan kepada mereka yang baik tetapi bukan yang terbaik" katanya.

Beliau menyatakan demikian semasa menyampaikan Ceramah Perdana Ummah Menjelang PRU13 yang dihadiri kira-kira 3000 warga TLDM di Lumut.

Baca selanjutnya d SINI
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger