Saya yakin lebih
setengah juta rakyat Selangor dan Lembah Klang kini sedang
menyumpah-nyumpah nama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid “Gagap”
ekoran gangguan bekalan air yang sedang dihadapi sejak dua hari lepas
yang dikatakan akan berlarutan selama seminggu lamanya.
Saya juga yakin bahawa
500,000 penduduk di negeri dan wilayah termaju itu mungkin sedang
menunggu lori-lori tangki air SYABAS di depan kediaman masing-masing
bagi mendapatkan bekalan air untuk kegunaan masing-masing.
Media baru-baru ini
melaporkan tentang insiden paip pecah berhampiran tebing sungai di
Kampung Melayu, Batu Caves, ekoran kesan hujan lebat selama lima jam
yang mengakibatkan hakisan teruk berlaku dan menghentam paip air lama
berukuran 2.0 meter di situ.
Antara 28 kawasan yang
terlibat di sekitar Kuala Lumpur ialah Flat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Datuk Keramat, Jalan Padang Tembak, Jalan Semarak, Taman Cempaka, Taman
Bakti, Taman Nirwana, Jalan Gurney dan Kampung Pandan Dalam.
Selain itu, 55 kawasan
di sekitar Ampang turut terjejas antaranya Kampung Baru Ampang, Kampung
Kemensah, Kampung Melayu Ampang, Kampung Lembah Jaya, Taman Hillview,
Kampung Pinggir Tiga Jaya, Bukit Jobina, Kampung Tengah Lembah Jaya,
Taman Dato Ahmad Razali, Lembah Jaya Utara, Taman Bukit Indah, Lembah
Jaya Selatan, Taman Tun Abdul Razak, Sri Rampai, Kampung Tasek Permai,
Taman Ampang dan Ukay Heights turut terjejas.
Maklumat memberitahu
bahawa keadaan itu memerlukan sekurang-kurangnya seminggu untuk dibaik
pulih. Teruklah kehidupan rakyat Selangor dan sekitar Lembah Klang
minggu ini. Itulah natijahnya bila salah memilih kerajaan…
Sebelum ini, Kerajaan
Pakatan Haram Selangor sering bercakap tentang soal penyelesaian masalah
gangguan bekalan air di negeri itu. Macam-macam cadangan yang mereka
cadangkan. Namun sehingga Dewan Undangan Negeri dibubarkan, habuk pun
tiada.
Tidak mustahil jika
selepas ini kita akan mendengar Khalid dan konco-konconya menyalahkan
UMNO, BN, Kerajaan Pusat atau SYABAS berhubung insiden paip pecah itu.
Padahal, yang sebetulnya Kerajaan pimpinan Khalidlah yang paling layak
dipersalahkan.
Semua ini berlaku
kerana Khalid gagal merancang dengan baik industri air di Selangor. Dia
asyik merancang dengan pelbagai rancangan jangka pendek. Sudahlah jangka
pendek, tiada satu pun rancangannya yang dilaksanakan!
Selangor sebenarnya memerlukan rancangan jangka panjang dan itulah perkara yang tidak ada pada Khalid.
Sebenarnya rakyat
Selangor semakin sedar bahawa Khalid adalah punca segala malapetaka yang
ditanggung mereka selama lima tahun ini. Rakyat Selangor memang sedang
marah Khalid, kecuali para penyokong PKR yang terkenal dengan sokongan
membuta tuli…
Mungkin menyedari
hakikat “Khalid dibenci rakyat” itu, maka Presiden PKR, Wan Azizah Wan
Ismail membayangkan bahawa Khalid mungkin tidak akan dilantik menjadi
Menteri Besar sekali lagi jika Pakatan Haram mengekalkan kuasa di
Selangor.
Dia tahu, rakyat
Selangor menganggap Khalid adalah “liabiliti” terbesar di Selangor dan
pergaduhannya dengan Timbalan Presiden parti itu, Azmin Ali, menandakan
Khalid bukanlah seorang yang boleh diharap.
Tapi memandangkan
Khalid itu dari “kem” Wan Azizah sendiri, maka dia terpaksa berselindung
dan tidak berterus terang dalam soal ini. Jadi, jika Khalid tidak lagi
dilantik menjadi Menteri Besar, bagaimana dia nak teruskan penstrukturan
semula industri air yang “disalaknya” setiap hari itu?
Ketika itu, Khalid
bukan lagi Menteri Besar dan dia tiada kuasa lagi untuk menghabiskan
duit rakyat untuk meneruskan cita-cita menstruktur semula industri air
di Selangor. Lainlah kalau BN merampas kembali Selangor. Saya yakin BN
lebih bijak merancang industri air demi rakyatnya…
Post a Comment