Sejarah
penubuhan PAS dimulakan oleh para ulama yang kononnya berjuang menegakkan Islam
di negara ini kerana kerajaan sedia ada pada ketika itu tidak menurut ajaran
Islam sepenuhnya.
Situasi
itu kini berubah apabila PAS kini dilihat tidak ubah seperti DAP dan PKR serta
berjaya menipu rakyat kononnya parti mereka merupakan parti berkonsepkan Islam
berdasarkan kepada nama parti tersebut. Penampilan pemimpin PAS yang
kononnya warak dan zuhud melalui jubah dan serban juga menyumbang kepada
kejayaan penipuan mereka.
Pilihan
Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pastinya akan menjadi sejarah kerana buat pertama
kalinya dalam sejarah PAS apabila golongan agamawan dan cerdik pandai agama
tidak lagi menjadi tulang belakang PAS, sebaliknya bertukar arah kepada Umno
kerana mereka kecewa dengan pendirian PAS yang telah berubah.
Sebaliknya
mereka melihat Umno sahaja yang kini berpegang kepada ajaran Islam sebenar
tanpa menggunakan agama untuk tujuan politik peribadi. Golongan alim ulama dan
cerdik pandai sudah celik mata. Mereka sedar bahawa PAS sekadar mempergunakan
Islam demi politik kotor.
Golongan
yang dulunya dikenali sebagai penyokong tegar PAS kini dilihat menyertai majlis
Umno dan menjauhi parti berlabel Islam itu menyebabkan PAS hilang tonggak
kekuatannya dan impak perubahan yang berlaku itu memang jelas kelihatan di
mana-mana hatta di Pangkalan Chepa dan Kubang Kerian yang dulunya terkenal
sebagai kubu kuat PAS kini kelihatan seperti kubur untuk PAS.
Trend
penyokong pembangkang khususnya golongan ulama dan tokoh agama kebelakangan ini
menyertai Umno jelas menunjukkan ada yang tidak kena dengan kepimpinan Pas.
Mereka
yang pada pilihan raya umum sebelum ini begitu kuat dan setia membantu PAS kini
menyesal sebaliknya membantu jentera BN dan Umno demi mahu menegakkan Islam
denngan cara yang diredhai Allah. Antara
kumpulan berkenaan yang bersepakat bersatu menggembleng tenaga membantu Umno
termasuklah Gabungan Sekolah
Pondok Kelantan (Minda Pondok), Ustaz Muda
Membela Agama & Tanah Air (UMMATI) serta Ikatan cendekiawan Islam Kelantan
(ICIK).
Tiga
NGO utama ini pula di bantu oleh sekumpulan bekas pemimpin dan penyokong tegar
PAS yang bernaung di bawah Selamat Tinggal PAS (STP). Keseluruhan keahlian
dalam keempat-empat NGO ini mencecah angka 10,000 orang. Pada
PRU 11 dan PRU 12 yang lalu sebahagian besar daripada mereka ini pernah
berkempen dan menggerakkan sokongan dan undi untuk PAS. Kesemua mereka
kini bersatu Umno yang di label murtad dan amalan tidak diterima Allah kerana
meninggalkan Islam oleh Nik Aziz.
Demi
kepentingan agama, bangsa, dan negara, kumpulan ulama ini nekad menjauhi PAS
sebaliknya merapati Umno dan BN. Selain
empat NGO tersebut, terdapat beberapa NGO lain yang mewakili golongan muda
Kelantan seperti Gerakan Tukar Kerajaan PAS Kelantan Demi Rakyat (TUKAR) dan Orang
Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK) serta PERKASA yang turut memainkan
peranannya.
Bukan
setakat Kelantan, di kawasan-kawasan lain turut dilihat golongan ulama
ini merpati Umno, termasuk di Puchong, apabila 80 penyokong tegar PAS di
kawasan itu Umno sekali gus menubuhkan Cawangan Umno Baitul Dhuyuf. Alim
ulama dan cerdik pandai tidak lagi menyokong PAS ekoran kegagalan PAS
dalam menangani isu-isu agama dan permasalahan tempatan serta kekecewaan
khalayak terhadap kelemahan urus tadbir pemimpin PAS, selain taring parti itu
sendiri yang dilihat kian tumpul bila berdepan dengan terjahan DAP dan PKR.
Pelbagai
transformasi dan kesungguhan Kerajaan Pusat berterusan membantu rakyat Kelantan
turut menyumbang mempercepatkan lagi perubahan positif ini. Kombinasi
semua penggerak utama di atas berjaya membuka lembaran baru dalam sejarah
kebangkitan rakyat Kelantan dan ia menjadi titik tolak ke penting arah
merealisasikan Gelombang Merah Kelantan Berubah.
Nik
Aziz terpaksa menerima hakikat bahawa Kelantan bukan lagi kubu PAS tetapi kini
adalah lubang kubur yang besar untuk persemadian pemimpin-pemimpin PAS.
Kisah artis usang d tangkap khalwat d SINI
Post a Comment