Label 10

Home » , , » #PRU13 : Calon BN Kelana Jaya ! P104, N31 & N32 ! Jentera Sudah Bersedia !

#PRU13 : Calon BN Kelana Jaya ! P104, N31 & N32 ! Jentera Sudah Bersedia !

Written By AAKJ on Thursday, April 18, 2013 | 2:47 PM



Walau ada sedikit kecacatan d awal Program Watikah oleh PM..walau ada sedikit perasaan tidak puashati..walau ada sedikit kekecewaan oleh pihak tertentu..namun Amanat PM.." Merajuk 24 jam" akhirnya menjadi kenyataan.

Malam tadi semuanya terungkai..semua pihak sudah dapat bersama..isu protes dapat d redakan dalam tempoh tak sampai 32jam !

Syabas dan tahniah kepada semua..kematangan berpolitik adalah asas untuk bina negara..kematangan berpolitik lahir dari sifat "..wasamiqna..waatoq na.." .."dengar dan taat" !!

Taat pada Amir atau Ketua..itu asas perjuangan. Taat Amir..selagi amir tidak arahkan kita langgar perintah Allah swt..kata Ulama..

Malam tadi, ketika majlis perkenalkan calon..lebih 1000 jentera parti yang hadir termasuk pengundi setia dan atas pagar yang ingin lihat lebih dekat dan berkenalan dengan calon-calon Parlimen dan Dun yang bertanding !

P104 Parlimen 

Tuan Loh Seng Kok

Pernah menjadi Ahli Parlimen Kelana Jaya pada 2004-2008 (PRU12), malah satu-satunya Ahli Parlimen Malaysia yang mempunyai rekod 100% kehadiran d Parlimen. Tidak pernah ponteng !

Rekod beliau juga cemerlang ketika menjadi Wakil Rakyat Parlimen Kelana Jaya, beliau rajin turun padang dan mesra dengan pengundi serta penduduk kawasan parlimen. 

Biodata Loh ada d SINI


N31 Dun Subang Jaya

Gan Meng Foo

Calon baru tapi orang lama dalam politik Subang Jaya. Menjawat jawatan Setiausaha MCA Bahagian Kelana Jaya dan tugas terakhir adalah sebagai Penyelaras BN Dun Subang Jaya.

Biodata Gan ada d SINI


N32 Dun Seri Setia

Datuk Tengku Rethwan Tengku Mansor.

Ahli Jawatankuasa Bahagian Kelana Jaya sejak dari UMNO Bahagian Kelana Jaya ditubuhkan. Pernah bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno Petaling Jaya suatu waktu dulu.

Seorang Tokoh Korporat yang d segani..malah beliau adalah seorang Doktor Perubatan dan Klinik Kesihatan swasta, KLINIK SEPAKAT..klinik yang pertama di buka 17 tahun dahulu di Kg Lindungan, Seri Setia adalah milik beliau..kini Klinik itu masih wujud dan sahabat baik beliau yang menjalankan operasi hingga kini.

Biodata Datuk Tengku ada d SINI






Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger