Label 10

Home » » #PRU13 : Dap Bakal Di Haramkan !?

#PRU13 : Dap Bakal Di Haramkan !?

Written By AAKJ on Thursday, April 18, 2013 | 5:00 PM



Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak mengiktiraf ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP yang dilantik dalam pemilihan pada 15 Disember tahun lalu ekoran pertikaian yang berlaku selagi siasatan masih berjalan.

Menurut sumber, perkara tersebut dinyatakan dalam notis menurut Seksyen 16(1) di bawah Akta Pertubuhan 1966 yang telah dihantar kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini.

Tindakan itu dibuat mengikut Seksyen 3A Akta Pertubuhan 1966.

Katanya, ROS tidak berpuas hati mengenai pelantikan ahli CEC dengan betul berdasarkan penyata barisan pemegang jawatan yang dikemukakan oleh DAP.

"Pertikaian wujud kerana terdapat aduan daripada ahli DAP tentang notis yang tidak diserahkan kepada Setiausaha Cawangan dalam tempoh 10 minggu sebelum Kongres Kebangsaan parti itu diadakan.

"Kegagalan itu mengakibatkan 753 wakil dinafikan hak untuk hadir ke kongres itu. Selain itu, jawatankuasa itu juga tidak dibentuk secara betul kerana seorang daripada mereka, Vincent Wu Him Ven bukan ahli CEC," katanya.

Selanjutnya baca d SINI
Share this article :

+ comments + 1 comments

April 18, 2013 at 5:38 PM

mohon admin pautkan blog TPB di blog tuan.

http://thepoliticianblogger.blogspot.com

blog tuan telah sy pautkan di blog TPB

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger