Label 10

Home » , » #PRU13 : Anggota Polis Meninggal Dunia Di Pusat Penamaan Calon ! Al Fatihah !

#PRU13 : Anggota Polis Meninggal Dunia Di Pusat Penamaan Calon ! Al Fatihah !

Written By AAKJ on Saturday, April 20, 2013 | 2:47 PM


MELAKA: Seorang koperal polis meninggal dunia semasa bertugas di pusat penamaan calon Politeknik Merlimau, dipercayai mengalami serangan jantung di pintu masuk pusat itu di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Jasin, DSP Muhd Nur Hishamudin Hashim, berkata Kpl Nordin Ahmad, 50, dari Balai Kemendor, di sini disahkan meninggal dunia pada 8.15 pagi semasa dalam perjalanan ke Hospital Jasin.
"Allahyarham ketika itu dilaporkan baru selesai bersarapan pagi apabila tiba-tiba terjatuh dan tidak sedarkan diri. 
"Beliau dikejarkan ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan sewaktu berada dalam ambulans," katanya kepada pemberita di pusat penamaan itu. 

Allahyarham antara 150 anggota polis dari seluruh Jasin yang bertugas pada hari penamaan calon bagi parlimen Jasin di pusat itu.

Beliau meninggalkan balu Norhayati Nordin, 48, dan dua anak lelaki iaitu Mohammad Saifuddin, 13, dan Muhammad Riduan, 16.

**gambar hiase
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger