Label 10

Home » , , » #PRU13 : Datuk Kamelia Di Pecat ! Pembelot !

#PRU13 : Datuk Kamelia Di Pecat ! Pembelot !

Written By AAKJ on Saturday, April 20, 2013 | 2:30 PM


SEGERA: Kamilia Ibrahim Dipecat Naib Ketua Wanita UMNO, Muhyiddin Anggap Pembelot!



NAIB Ketua Wanita UMNO Datuk Kamalia Ibrahim secara automatik dipecat dari UMNO hari ini bila masuk tanding sebagai calon bebas di kerusi Parlimen Kuala Kangsar,Perak.
Beliau akan lawan calon BN Datuk Wan Muhammad Khairil dan calon PAS Khalil Idham Lim.
Menerusi laporan Agendadaily, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin kata dalam sidang akhbar di Pagoh tengahari Sabtu beliau sangat kecewa dengan perbuatan Kamalia kerana beliau memegang jawatan nombor dua dalam pergerakan Wanita UMNO.
Katanya Kamalia melakukan perbuatan yang bertentantang dengan peraturan parti dan semangat perjuangan parti.
Menurut beliau dalam keadaan ini Kamalia secara automatik terpecat dari parti.
“Parti tidak mahu pembelot apatah lagi dalam pilihanraya yang sangat penting,” tegasnya.
Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini menjelaskan Kamalia telah ditawarkan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Chandan dalam kawasan Parlimen Kuala Kangsar bagaimanapun beliau telah menolaknya.
Tawaran itu disertakan dengan tawaran lantikan sebagai Exco Kerajaan Negeri Perak jika BN menang di negeri itu.
Namun Kamalia dilaporkan menolak tawaran itu dengan alasan mahu bertanding di kerusi Parlimen yang dikosongkan oleh bekas Ketua Wanita Tan Sri Rafidah Aziz di Kuala Kangsar.

-mynewshub
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger