Benarlah seperti yang
diperkatakan sebelum ini, Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim adalah merupakan
seorang pemimpin yang mengamalkan kepimpinan ala diktator atau dalam bahasa
mudahnya ‘kuku besi’.
Untuk pilihanraya umum ke-13 (PRU13) ini, Anwar dilihat
sering membelakangkan suara dan kehendak akar umbi dengan meletakkan senarai
calon-calon ‘pilihannya’ sehingga menimbulkan kemarahan pemimpin di dalam
pakatan & penyokong mereka yang merupakan anak tempatan.
Pendekatan terbaru yang digunakan Anwar pada ketika ini
ialah, mengumumkan calon-calon PKR setiap kali hadir untuk berceramah. Sebagai
contoh ketika Anwar berceramah di Indera Mahkota, Kuantan, Gombak, Batu, Alor
Setar dan Johor Bahru baru-baru ini dia turut membuat pengumuman untuk
memperkenalkan calon-calon PKR yang akan bertanding.
Namun tindakan tersebut, telah menimbulka rasa marah dan
tidak puas hati dikalangan ketua-ketua cabang & pemimpin PKR dengan senarai
pilihan Anwar itu. Yang mana merasakan tindakan Anwar itu jelas untuk
membelakangkan peranan mereka yang selama ini menjadi tulang belakang dalam
perjuangan PKR terutamanya di peringkat cabang.
Malah menurut Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Wira
Syed Ali pakatan pembangkang dilihat semakin bercelaru kerana pemilihan calon
terutamanya yang membabitkan PKR calon
pilihan Anwar tidak menepati hasrat penyokong mereka.
Di beberapa negeri, penyokong akar umbi PKR mula
mencemuh dan ‘memberontak’
terhadap keputusan yang dibuat oleh Anwar secara diktator berhubung pemilihan
calon. Anwar yang pernah dikaitkan dengan kes meliwat dikatakan mengutamakan
kroni beliau dalam pemilihan calon-calon yang akan mewakili PKR pada PRU ke-13
walaupun mendapat tentangan keras oleh ahli-ahli parti itu.
Anwar hanya mementingkan perutnya sendiri dalam
menentukan calon pilihan raya, sepertimana berlaku kepada Datin Seri Wan Azizah
Ismail, presiden boneka PKR yang akan bertanding di Selangor di peringkat Dewan
Undangan Negeri (DUN).
Motifnya mudah, Anwar terpaksa melarikan Wan Azizah ke
Selangor sebagai jalan pintas untuk beliau menyingkirkan Menteri Besar
yang ada sekarang, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Di Sabah sebagai contoh pembahagian kerusi yang
diputuskan Anwar ialah PKR (11), APS (6), PPPS (3), PAS (3), DAP (3) yang mana
dilihat cubaan untuk meletakkan calon dari Semenanjung agar lebih lebih
dominan? Dominasi PKR, bah!
Anwar dilihat cuba menggunakan ‘kuasa veto’ dalam soal pemilihan
calon dan perkataan paling sesuai untuk diungkapkan ialah ‘Welcome to dictatorship’.
Tindakan Anwar itu dilihat cuba seolah-olah ingin memberikan kelebihan kepada Lajim
& Bumburing sehingga masyarakat tempatan merasa kurang senang.
Kesimpulannya, keputusan Anwar itu seolah-olah ingin
memberikan mesej kepada rakyat Sabah bahawa PKR adalah merupakan parti Sabah, maka
sebab itu dia berhak untuk lebih-lebih.
Dari dulu sampai sekarang, Raja Goyang masih tak tau
ambil hati rakyat Sabah!
+ comments + 1 comments
Dia jugak dok sibuk cerita pasal autonomi. Tapi pencalonan kali ni nampaknya semua dah ditetapkan oleh orang semenanjung. Ni bukan autonomi tapi AUTAnomi
Post a Comment