Label 10

Home » , , » Polis Perkukuh Unit Cyber !! Tahniah !!

Polis Perkukuh Unit Cyber !! Tahniah !!

Written By AAKJ on Sunday, March 24, 2013 | 10:30 PM


Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengukuhkan bahagian Teknologi Maklumat (IT) bagi membanteras penyalahgunaan penyebaran maklumat palsu dan fitnah menerusi laman sosial dan internet.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata ini disebabkab penyebaran berkenaan adalah cabaran besar PDRM dalam menangani pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan laman sosial seperti menerusi Facebook, Twitter dan sebagainya untuk aktiviti yang tidak sepatutnya.
“Saya sudah mengarahkan pasukan komunikasi serta bahagian IT di Bukit Aman bagi meningkatkan lagi keupayaan kita untuk memerhati elemen tidak sihat ini,” katanya dalam temu bual di sini.
Justeru itu, PDRM membelanjakan RM500 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun lalu untuk meningkatkan keupayaan anggota polis dalam menangani penyebaran maklumat salah, maklumat tidak tepat atau fitnah yang mampu menjatuhkan imej polis.
“Kita tahu sebelum ini kalau ada kematian di dalam lokap terus orang ramai mengeluarkan fitnah polis bunuh orang kena tahan (OKT) di dalam lokap.
“Ini tidak benar langsung, kalau ada polis yang melebihi kuasa mereka, mereka tetap akan dituduh di mahkamah dan dari dulu lagi kita tidak pernah menyembunyikan perkara ini,” katanya.

Share this article :

+ comments + 3 comments

Anonymous
March 24, 2013 at 10:52 PM

Byk lagi anghota peg , email pun x pandai guna..cuba semak berapa ramai yg mengunakannya..jika mengunakan pun anggota atau pegawai yg sama..hantar kursus tp balik tak amalkan..atau masih d takut lama ..

Anonymous
March 24, 2013 at 11:21 PM

Tahniah PDRM.Kami menyokong program penambahbaikan untuk Jabatan Taknologi Maklumat dan juga jabatan2 lain.Kami orang awam sentiasa memerlukan khidmat anda walaupun ada kepincangan yang perlu diperbaiki.Teruskan membenteras jenayah semoga Allah swt sentiasa memberkati perjuangan anggota polis Malaysia.

March 24, 2013 at 11:23 PM

Tolong gantikan menteri kdn. Yang sekarang ni lembek lagi lemal. Kita nak menteri kdn yang berani dan tegas.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger