Label 10

Home » , , , , , » Anwar Pernah Di Beri Peluang Tapi Sia-Siakannya !! - Tun Daim Zainuddin

Anwar Pernah Di Beri Peluang Tapi Sia-Siakannya !! - Tun Daim Zainuddin

Written By AAKJ on Sunday, March 24, 2013 | 9:30 PM



Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin menyatakan Datuk Seri Najib Tun Razak melaksanakan tugasnya dengan begitu baik dan patut diberikan mandat untuk menerajui negara dan meneruskan dasar-dasar transformasi beliau.
Menggesa pengundi agar memberi peluang kepada Najib untuk lima tahun lagi, veteran Umno itu berkata: "Uji beliau. Berikan beliau mandat.
Beliau telah melakukan tugasnya dengan begitu baik. Biar beliau melaksanakannya dan meneruskan dasar-dasar transformasi beliau."
Dalam wawancara dengan New Sunday Times, Daim menyatakan yang beliau lebih suka sekiranya Najib menang berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim yang beliau sifatkan sebagai bukan calon yang tepat untuk menjadi perdana menteri.
"Jika anda tanya saya, antara kedua-duanya, Najib atau Anwar, saya akan pilih Najib. Saya akan beri Najib peluang. Beri beliau mandat dan lihat sama ada beliau dapat melakukannya kerana Anwar telah pernah diberi peluang itu, tetapi beliau mensia-siakannya.
"Saya mahu Najib menang kerana saya berpendapat Anwar bukan calon yang tepat untuk menjadi perdana menteri," katanya.
"Saya percaya beliau akan kucar-kacirkan negara dengan mendapatkan nasihat daripada pihak seperti IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa), Bank Dunia dan Wolfowitz (Paul Wolfowitz, bekas presiden Bank Dunia)," katanya.
Daim, yang menjadi Menteri Kewangan dari 1984 hingga 1991 dan sebagai Menteri Tugas-tugas Khas pada 1998 sebelum dilantik semula sebagai Menteri Kewangan dari 1999 hingga 2001, berkata adalah bahaya jika pembangkang di bawah pimpinan Anwar menerajui negara.
"Saya bimbang kerana beliau tidak arif mengenai ekonomi, sentiasa perlukan orang lain untuk beritahu beliau -- apa yang perlu difikirkan dan apa yang perlu dilakukan," katanya.
Setakat ini, katanya, tidak ada satu pun idea signifikan datang daripada Anwar selaku penasihat ekonomi kerajaan negeri Selangor. Lebih teruk lagi, Selangor gagal mengendalikan isu air, yang telah mengecewakan kalangan pemaju perumahan, pelabur dan rakyat.
"Kenapa beliau (Anwar) tidak menjadi penasihat ekonomi kepada Kelantan dan Kedah jika Pakatan percaya beliau bagus? Fikirkannya secara serius. Fikirkan masa depan kita," katanya.
   
Kepada soalan bahawa Anwar percaya bahawa beliau telah ditakdirkan untuk menjadi perdana menteri akan datang, Daim berkata: "Sebenarnya, takdir ditentukan Tuhan. Anda mungkin sudah begitu hampir dengan jawatan itu, orang menyokong, Tuhan yang menentukannya. Saya rasa Tuhan masih sayangkan Malaysia."
Daim berkata beliau akan menyokong Najib tetapi perdana menteri perlu berusaha memerangi rasuah dan jenayah, memperkukuhkan keselamatan negara dan menyemak semula sistem pendidikan.
Beliau berkata Najib juga perlu merombak Kabinet.
"Bawa masuk muka-muka baharu. Rakyat berpendapat beliau mengekalkan terlalu banyak "orang lama" dalam Kabinet. Kebanyakan mereka sudah melepasi "tarikh luput"," katanya.
Mengenai peluang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang, Daim, yang ramalannya sering menjadi perhatian, berkata BN boleh menang tetapi perlu ada perpaduan dalam kalangan parti gabungan.
"Umno mempunyai kira-kira 3.3 juta ahli, MCA, kira-kira satu juta dan MIC, kira-kira 600,000. Itu sahaja sudah kira-kira separuh daripada pengundi.
"Kini, anda hanya perlukan mendapatkan sokongan daripada golongan atas pagar, dengan itu anda mampu menang. Tetapi BN perlu letakkan calon-calon terdiri muka baharu dan bersih yang diterima oleh pengundi," katanya.
Daim berkata sekiranya BN tidak bersatu, kedudukan pakatan pembangkang akan menjadi lebih baik sepertimana yang berlaku pada 2008.
"Kekal bersatu, setia dan jangan sabotaj. Kita perlukan 'tangan' yang mantap dan berpengalaman. Hanya BN mempunyai pengalaman itu.
"Kita telah berjaya mengharungi krisis demi krisis, dan kembali pulih dengan cepat. Kita perlu beritahu orang China yang kita tidak boleh melakukan eksperimen. Lihat sahaja Jepun. Lihat di sekeliling kita. Lihat sahaja Britain.
Kaji apa yang berlaku," katanya.
Daim berkata Anwar telah berulang kali menyatakan akan berlaku demonstrasi ala Arab Spring sekiranya pembangkang kalah dalam pilihan raya umum akan datang kerana apa yang mereka anggap sebagai "penipuan".
"Beliau (Anwar) telah mewujudkan pentas untuk mewajarkan kekalahan mereka sekiranya mereka kalah dalam pilihan raya umum akan datang. Pakatan telah menyediakan rakyat supaya mereka boleh menyalahkan kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya.
"Pertamanya, kita bukannya sebuah negara Arab. Dan keduanya, sekiranya wujud "penipuan" pada pilihan raya umum sebelum ini, bagaimana Pakatan boleh menang di lima negeri pada 2008?
"Arab Spring telah bertukar menjadi Arab Fall (kerana kalangan pemimpin tidak bersatu dan kestabilan terjejas)," katanya.
Share this article :

+ comments + 2 comments

Anonymous
March 24, 2013 at 10:24 PM

Salam....mohon rakyat Msia yg masih ada rasa cinta pada AGAMA BANGSA & NEGARAnya...mohon ke blog...novandri.blogspot.com....(tajuk..guan eng telefon 35x)..Dengar video suara tsebut....hayati dgn hati & minda yg terbuka...tolak fahaman politik masing2...Semoga kita sama2 insaf...demi jihad kita yg x seberapa ini...satu2nya hanya pd ALLAH SWT.....Semoga kita dijauhkan dr keegoan diri sendiri....yg kesannya akan ditanggung oleh anak cucu kita kelak... Wasallam...

March 25, 2013 at 10:27 AM

tidak mustahil dan sukar untuk umat Islam bersatu menegakkan negara Islam, namun amat sukar andainya nawaitu perjuangan lebih berpaksi kepada nafsu duniawi dan tamak haloba untuk kekayaan sendiri, lupakan...rakyat yang menyokong perjuangan Rasulullah saw tak susah untuk terima pemimpin yg benar2 memperjuangkan Islam ttapi, lihat sahaja cara hidup n keluarga yg memimpin, mereka sebagai pemimpin keluarga pun gagal membimbing anak isteri mematuhi suruhanNYA, bagaimana nak membimbing ummah?

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger