Gerakan Mahasiswa Intelek Muda (M1M) hari ini mendesak Gerakan Mahasiswa PRU-13 (GM13) membuat kenyataan maaf secara terbuka kepada Datuk Seri Najib Tun Razak di atas tindakan kurang matang mencabar Perdana Menteri untuk bertanding di Parlimen Pekan.
Pengerusinya, Mohd Asrol Md Jailani, 21 berkata gerakannya mengutuk sekeras-kerasnya kumpulan mahasiswa terbabit yang dikatakan menolak Perdana Menteri kerana suara dan tindakan mereka langsung tidak mewakili suara keseluruhan mahasiswa.
“Tindakan itu tidak bertanggungjawab dan telah mencemarkan nama baik dan kredibiliti mahasiswa sebagai kelompok intelek muda sebagai waris kepimpinan negara.
“Kami yakin dan percaya, golongan majoriti mahasiswa di luar sana jauh lebih matang dan intelek dalam menilai sesuatu isu,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di Kuala Lumpur, sebentar tadi.
Selanjutnya baca d SINI
+ comments + 1 comments
Blog tuan menarik dan canggih,
Blog tuan telah dipaut dalam blog Kinta Menjerit, tq
http://kinta-menjerit.blogspot.com
Post a Comment