Label 10

Home » » Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Bakal Bungkus ?!

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Bakal Bungkus ?!

Written By AAKJ on Monday, January 14, 2013 | 3:00 PM


Tindakan 200 orang ahli akademik dan kakitangan KUIS menghantar memorandum kepada Rektor nya merupakan kemuncak kepada kegagalan demi kegagalan pentadbiran regim pakatan Dap, Pkr dan Pas di Selangor.

Setelah Yayasan Selangor merobohkan asrama pelajar miskin di Kg Pandan, UITM Selangor tidak diluluskan pembinaannya, UNISEL mengalami kerugian puluhan jutaan ringgit, kini KUIS pula menerima bahana kelemahan pentadbiran Khalid Ibrahim.

Kakitangan mana yang tidak marah bila sudah 2 tahun gaji tak naik, elaun sudah 6 bulan tidak dibayar dan kebajikan kakitangan diabaikan - ini lah antara bunyinya memorandum yang diserahkan oleh ahli akademik dan kakitangan KUIS.

GAPS mendesak empat perkara wajar dilakukan untuk menyelesaikan kemelut di KUIS.

1. DYMM Sultan Selangor wajar campur tangan kemelut yang semakin serius ini kerana KUIS dibiayai sepenuhnya oleh MAIS.

2. Sebuah Jawatankuasa bebas harus dibentuk untuk menyiasat segala perkara yang dimajukan oleh memorandum yang diserahkan.

3. Rektor KUIS harus bersikap lebih mesra rakyat dengan menggunakan pendekatan dialog dan berhemah dalam menangani setiap masalah dan polemik yang timbul.

4. Sebarang proceeding disiplin yang sedang dibuat sekarang terhadap mereka yang menandatangani memorandum itu harus ditarik balik dan dihentikan sama sekali.

Khalid Ibrahim sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah KUIS hanya mengoyangkan kaki. Tatkala MAIS sentiasa memberikan bantuan kewangan kepada KUIS yang sudah mencecah hampir ratusan juta ringgit, malang sekali kerajaan negeri Selangor langsung tidak memberikan sebarang peruntukan kewangan kepada KUIS dalam masa empat tahun ini. Kenapa? Mungkinkah disebabkan KUIS mempunyai objektif mahu memartabatkan tamaddun Islam? Sudah terang lagi bersuluh, adakah kerajaan Pakatan Dap, Pkr dan Pas anti tamaddun Islam?

KUIS satu lagi episod sedih rakyat yang trajis dengan kelemahan pentadbiran kerajaan negeri pimpinan pakatan Pkr, Dap dan Pas. Boleh dirumuskan kerajaan pakatan selangor ini gagal dalam semua bidang yang diuruskan di selangor termasuk pendidikan. Jom Tolak Pakatan.


Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)
13 Jan 2013.
Share this article :

+ comments + 3 comments

Anonymous
January 14, 2013 at 3:30 PM

owh sm je ape yg blaku kt kuin... http://beritakuin.blogspot.com

Anonymous
January 14, 2013 at 5:11 PM

borak, kelentong, hipokrit, tipu, bangsat. yg mana satu bukan PR?

Anonymous
January 16, 2013 at 11:55 AM

artikel di atas 100% tak betul. Jangan mempolitikan benda2 yg tiada kaitan dgn politik. Bertaubatlah wahai manusia.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger