Label 10

Home » » "Kalah Atau Menang..Dia Sentiasa Bersama.." - Lee Chong Wei

"Kalah Atau Menang..Dia Sentiasa Bersama.." - Lee Chong Wei

Written By AAKJ on Wednesday, January 16, 2013 | 2:00 PM

alt

KUALA LUMPUR 16 Jan - Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menyifatkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai individu yang telah banyak memberi sokongan kepada atlet sukan badminton di negara ini.
Menurut Chong Wei, Rosmah sentiasa mengikuti perjalanan sukan badminton dan sentiasa memberi sokongan tanpa jemu walaupun atlet badminton negara menghadapi kekalahan.
"Dia (Rosmah) sentiasa beri sokongan kepada saya dan atlet badminton yang lain. Kalah ataupun menang, dia sentiasa berikan sokongan dan kami (atlet) amat memerlukan individu seperti beliau yang sentiasa menyokong kami.
"Jika kalah (dalam pertandingan), ketika itu merupakan saat yang paling 'down' buat kami, tapi Datin Seri akan beri kata semangat agar kami berjuang dan cuba lagi pada pertandingan yang akan datang," katanya kepada KLPos ketika ditemui pada Majlis Makan Malam dan Lelongan Amal sempena Terbuka Malaysia Maybank 2013.
alt
Turut hadir pada majlis ialah Rosmah yang juga merupakan Penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Pengerusi Maybank, Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd. Nor serta Presiden BAM, Datuk Seri Mohd. Nadzmi Mohd. Salleh.
Pada malam tersebut, sebanyak lima barangan peribadi atlet badminton telah dilelongkan dan disumbangkan kepada Pusat Pemindahan Hati di Hospital Selayang.
Antara barang yang mendapat bidaan tertinggi ialah Replika Piala Thomas yang telah berjaya mengutip jumlah RM120,000, baju yang dipakai Chong Wei semasa memenangi pingan perak di Sukan Olimpik dengan bidaan RM65, 000 serta raket yang digunakannya dengan bidaan RM8, 000.
alt
Ditanya mengenai kontroversi yang melanda ketika majlis resepsi perkahwinannya bersama Wong Mew Choo yang mengaitkan Rosmah, Chong Wei menjawab dia dan isteri menghormati Rosmah sebagai isteri kepada Perdana Menteri Malaysia.
"Saya amat hormati dia sebagai isteri Perdana Menteri. Bila dia buat keputusan untuk datang ke majlis saya, itu sudah buat saya dan isteri gembira.
"Datin Seri tidak dapat hadir pada hari Jumaat yang dikhaskan untuk para kenamaan. Dia mesej saya, beritahu dia tidak dapat hadir kerana tidak sihat.
"Bila dia datang hari Sabtu, saya sudah cukup gembira kerana dia sanggup datang walaupun tidak sihat," katanya.
Sebelum ini, kehadiran Rosmah ke majlis resepsi mereka menjadi isu beberapa pihak kerana menganggap kedudukannya di tengah-tengah antara Chong Wei dan Mew Choo tidak sesuai.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger