Label 10

Home » » Ahli Dap Subang Jaya D Tangkap Merompak

Ahli Dap Subang Jaya D Tangkap Merompak

Written By AAKJ on Wednesday, January 16, 2013 | 8:30 PM



Seorang bekas kakitangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Selangor telah diberkas polis kerana dipercayai terbabit dalam kes penipuan lebih 20 mangsa membabitkan kerugian lebih RM30,000.

Wanita berusia 41 tahun itu, ditahan sepasukan polis di Desa Mentari, Petaling Jaya, dekat sini, lewat petang semalam berdasarkan beberapa laporan polis yang dibuat mangsanya kelmarin.

Difahamkan, setakat ini, suspek dipercayai sudah menipu seramai 22 orang dengan setiap seorang mengalami kerugian sebanyak RM1,500.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli ketika dihubungi mengesahkan penangkapan suspek.

Katanya, siasatan awal mendapati wanita terbabit pernah bekerja dengan Adun Subang Jaya.

“Pengadu dalam kes ini adalah ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh. Beliau melaporkan terdapat 22 individu yang didaftarkan untuk menerima sumbangan bantuan Skim Mesra Usia Emas (RM1,500 setiap seorang) tidak menerima sumbangan berkenaan.

“Selepas disiasat, suspek didapati mengemukakan surat wakil yang mempunyai tandatangan milik penerima sumbangan yang dipercayai dipalsukan untuk mengambil sumbangan berjumlah RM33,000 berkenaan,” katanya.

Menurutnya, kes kini disiasat mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan dan polis akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadapnya di mahkamah hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. 



Dalam dewan bukan nak bentang masalah rakyat..berfacebook dan bertwitter je mangkok ni tahu..aakj jemput semua datang Subang Jaya..lihat sendiri apa dah jadi..dari jalan raya hingga ke masalah sampah..hancur sebuah pekan yang tersusun !!

Mana pergi duit RM 2 juta ? nak tunggu atau nak guna untuk PRU13 ke..tu duit rakyat..duit peruntukan infra !!

Baca d SINI

SUMBER
Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
January 16, 2013 at 11:09 PM

Diaorang ni sebenar nya bukan wakil rakyat, tetapi adalah sampah masyarakat.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger