Label 10

Home » » Ustaz-Ustaz Muda Kelantan Banjiri Ceramah UMNO !

Ustaz-Ustaz Muda Kelantan Banjiri Ceramah UMNO !

Written By AAKJ on Sunday, December 30, 2012 | 11:00 AM


Gempur PENDITA kali ini di Pasir Puteh Kelantan mendapat sambutan bukan saja dari ahli Pas sekitar bandar Pasir Puteh malah kehadiran hampir 5000 orang datang dan lebih 100 ustaz-ustaz muda juga turut memberi impak positif dalam ceramah anjuran PENDITA dan UMNO Bhg Pasir Puteh Kelantan.

Syabas PENDITA, tahniah UMNO Bhg Pasir Puteh kerana berjaya membuka minda golongan ilmuan agama yang selama ini tidak mendapat gambaran sebenarnya tentang apa yang diperjuangkan oleh UMNO BN.

Penceramah utama, Ustaz Rujhan dari kumpulan PENDITA yang juga Pengerusi Biro Agama Nadi Rakyat Malaysia dalam ceramahnya yang mana turut menggunakan skrin layar untuk menunjukkan fakta tentang isu-isu semasa berjaya menarik minat semua hadirin.

Menurut Ustaz Rujhan yang juga lepasan agama dari Timur Tengah, Jordan dalam bidang tafsir Quran, Islam bukan untuk dijual beli, Islam bukan digunakan sebagai alat untuk puaskan nafsu kepentingan diri, Islam untuk diamalkan.

Janji orang Islam adalah janji yang benar dan bukannya janji hanya untuk menarik undi. Kalau Kerajaan BN zalim, sudah lama kepercayaan lain akan teraniaya di Malaysia dan hanya sekelompok Islam akan merasai kemakmuran d negara ini. Orang Pas bebas cari rezeki dan tidak pernah dihalang untuk kecapi apa saja peluang yang Kerajaan BN beri kepada semua rakyat.

Ustaz Rujhan juga menunjukkan fakta yang bersulamkan hadis dan firman tentang beza antara Zimmi dan kafir Harbi. Siapa yang Nabi saw pilih untuk bekerjasama dan siapa yang Nabi saw minta jauhkan. Bagaimana Nabi saw mentadbir Madinah juga dijelaskan, bukan sekadar canang nama 'Serambi Mekah' tapi akhirnya hanya gimik politik.

Aakj banyakali hadir dalam siri ceramah Ustaz Rujhan, begitu team cyber Nadi Rakyat Malaysia, kami banyak timba ilmu agama dari beliau. Kini dengan wujudnya satu pasukan khas ilmuan muda PENDITA, perhatian khusus d berikan kepada rakyat Kelantan yang ingin dengar penjelasan apa UMNO BN buat untuk Islam d Malaysia.

Luangkanlah masa anda, carilah program PENDITA, dengar dan anda fikir sendiri. Tak perlu dengar dari sumber ke tiga atau sumber dari ceramah politik yang hanya memaki hamun orang lain tanpa malu diri sendiri hapak dari dosa maksiat !

apa itu PENDITA ? klik d SINI



foto sumbangan




Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger