Label 10

Home » » Terkini ! Nik Aziz Batalkan Hasrat Jadi Juru Nikah Apek !

Terkini ! Nik Aziz Batalkan Hasrat Jadi Juru Nikah Apek !

Written By AAKJ on Thursday, December 27, 2012 | 2:00 PM


Apex Dan Eilunie
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terpaksa membatalkan undangan bagi menikahkan pasangan penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat dengan Nur Eilunie Natasha Nazri pada Jumaat ini kerana bertembung dengan urusan rasmi yang tidak dapat dielakkan.
Dipetik  laman sosial Facebooknya, Mursyidul Am Pas itu berkata, pada hari yang sama beliau terpaksa hadir Mesyuarat Lembaga Pengampunan Negeri 1/2012 bersama Sultan Kelantan.

“Adalah dimaklumkan bagi pihak Tuan Guru bahawa beliau tidak berkesempatan untuk memenuhi undangan keluarga pengantin kerana bertembung dengan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Negeri 1/2012 bersama Sultan Kelantan pada hari yang sama.

 “Beliau memohon maaf kerana tidak dapat memenuhi undangan kerana pertembungan ini.

“Justeru, beliau terpaksa membatalkan kesudiannya yang telah dinyatakan di peringkat awal,” kata mesej dipetik daripada Facebook Nik Aziz.

11 Disember lalu media melaporkan Nik Aziz bersetuju menikahkan Khairul Fahmi atau lebih dikenali dengan gelaran Apex dengan Nur Eilunie Jumaat ini.
Difahamkan majlis akad nikah akan berlangsung di rumah keluarga Leuniey di Pasir Pekan, kira-kira jam 10 pagi.
Manakala majlis persandingan sebelah perempuan pula bakal diadakan di Hotel Renaissance, Kota Bharu pada 30 Disember jam 8 malam dan persandingan sebelah lelaki akan berlangsung di kediaman Apex di Kampung Cherang, di sini bermula jam 1 tengah hari dengan bertemakan ala-kampung.

aakj ada tulis beberapa hari yang lalu..nik aziz yang sibuk atau ayah pengantin yang tak bagi ? KLIK SINI
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger