Label 10

Home » » Biro Tatanegara Kandang Parasit !!

Biro Tatanegara Kandang Parasit !!

Written By AAKJ on Monday, December 31, 2012 | 4:00 PM





BERITA PECAH BLOG!!! Rupanya ada lagi perosak-perosak kerajaan yang masih senang dengan pangkat dan selesa menghuni kerusi empuk pemberian kerajaan namun masih melakukan kerja-kerja yang lebih menjurus kepada kehancuran kerajaan. Siapa punya angkara?

Ronda-ronda di facebook sebentar tadi terlihat pula satu posting bergambar yang dikeluarkan oleh Apa Sengeh-sengeh (boleh lihat di SINI) yang menunjukkan gambar Ketua Pengarah BTN, Raja Arif dan salinan surat meminta sijil yang dikeluarkan oleh pihak ABIM. ABIM???

Setahu aku, ABIM ni pusat pengkaderan penyokong bontot Anwar sejak dulu lagi. Memandangkan yang Anwar pun pernah jadi kepala ABIM, jadi tidak mustahil ada lagi saki baki pengikutnya dan kemungkinan besar juga yang ABIM masih bersama Anwar untuk menjatuhkan kerajaan dan menentang pentadbiran Najib Razak.

Bukan niat aku nak menjatuhkan agensi kebanggaan negara ini tapi cuma hairan dengan sikap beberapa kepimpinan dalam BTN yang aku lihat lebih cenderung kepada pembangkang sejak kebelakangan ini. 

Surat di atas menjadi saksi yang BTN menjalin hubungan yang baik dengan ABIMwalau dah mengetahui yang organisasi terbabit adalah penyokong kuat kepada Ketua Pembangkang Malaysia.

Minta tolong Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan untuk jelaskan dengan sejelas-jelasnya apakah peranan sebenarBTN dalam menjalinkan kerjasama yang utuh antara ABIM. 

Minta Ahmad Maslan beritahu kepada rakyat kenapa diluluskan peruntukan sebegitu besar (RM73,000.00) untuk menjalankan lima kursus kepimpinan hanya kepada ABIM Sabah. 

Sedangkan banyak lagi program-program anjuran kelab atau persatuan yang solid menyokong kerajaan tidak diendahkan untuk pemberian dana bagi melakukan program. Tidak tahu mana silapnya tetapi amat berharap sama ada Ahmad Maslan atau Raja Arif menjawab supaya agensi BTN tidak lagi tercalar menjelang pilihanraya ke-13 ini.

Dalang sebenar dalam agenda menjatuhkan kerajaan semakin dikenalpasti. Kami rakyat marhaen tak pandai nak bodek dan tak pandai nak duduk kerusi empuk di atas tapi kami terpaksa jujur untuk mengatakan ada beberapa perkara yang kelihatan fishy yang mana umpama BTN ini membantu kumpulan penyokong Anwar untuk terus menghentam kerajaan Najib yang sedia ada.

Mohon pencerahan...

Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
December 31, 2012 at 5:33 PM

Setuju dgn laporan AAJK, staff BTN bukan 100% sokong kerajaan BN, cuba pasang spy dan lihat hasilnya.Kerajaan BN harus peka ......

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger