Label 10

Home » » FOTO ! ISTERI PM & ISTERI PEMIMPIN BN HARUNGI BANJIR BANTU RAKYAT !! DARI SELANGOR..PERAK & TERUS KE SELATAN !!

FOTO ! ISTERI PM & ISTERI PEMIMPIN BN HARUNGI BANJIR BANTU RAKYAT !! DARI SELANGOR..PERAK & TERUS KE SELATAN !!

Written By AAKJ on Sunday, November 11, 2012 | 8:00 AM


 DI BATU PAHAT !!
alt
BATU PAHAT...Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor bersama ahli-ahli Badan Amal Dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI) hari ini meneruskan niat murni melawat mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Penempatan Sementara di Sekolah Agama Seri Aman Kg Bahru di sini.
Pada lawatan hari ini pihak BAKTI turut menyumbangkan beberapa sumbangan kepada mangsa banjir seperti keperluan harian bagi meringankan beban mereka yang ditimpa musibah itu.
Semasa mengadakan lawatan tersebut, Rosmah yang juga merupakan Yang Di Pertua BAKTI turut meluahkan rasa simpati beliau kepada mangsa banjir dan berharap agar mereka bersabar dengan dugaan yang menimpa.
alt
Pusat Penempatan Sementara itu menempatkan 100 orang mangsa banjir termasuk empat orang warga emas dans seorang Orang kurang upaya (OKU).
Sebelum ini, dalam sesi lawatannya ke Dengkil, Selangor, Rosmah berkata, pihaknya (BAKTI) telah mengambil inisiatif untuk menyumbangkan RM 10 ribu kepada setiap negeri yang mengalami banjir iaitu di negeri Selangor, Johor, Melaka dan Perak.
Mangsa banjir kelihatan teruja dan gembira apabila isteri Perdana Menteri itu hadir melawat mereka walaupun memiliki jadual harian yang padat.

DI HILIR PERAK !!

rosmah-masak

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor bersama Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI) hari ini melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Bencana di Sekolah Kebangsaan Changkat Jong, Teluk Intan.


Ketibaan beliau diiringi Yang Dipertua BAIDURI, Datin Seri Saripah Zulkipli, ahli-ahli BAIDURI dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Perak, Datuk Chong Phaik Kee.

Sepanjang lawatan tersebut, Rosmah mengambil peluang bertanya khabar dan beramah mesra dengan 134 mangsa daripada  41 keluarga di pusat pemindahan itu.


Beliau turut menyampaikan cek sumbangan bernilai RM 10,000 daripada BAKTI kepada Saripah untuk mangsa-mangsa banjir yang terlibat di kawasan tersebut.

Selain daripada sumbangan itu, Majlis Keselamatan Negeri (MKN) turut menyumbang RM500 untuk setiap keluarga yang terlibat.

Pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Changkat Jong adalah satu-satunya yang masih beroperasi di Hilir Perak, manakala empat lagi telah  ditutup berikutan keadaan banjir yang semakin surut.

Rosmah di dalam ucapan ringkasnya berkata, lawatan dan sumbangan ini merupakan salah satu usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) demi menjamin kesejahteraan rakyat yang terlibat dalam bencana alam.

“Bersyukurlah kita menjadi rakyat Malaysia kerana kerajaan sentiasa prihatin terhadap kesejahteraan rakyat dengan memberi bantuan dan sebagainya, tidak seperti di negara lain yang rakyatnya terpaksa berdikari apabila ditimpa bencana,” katanya.


Sementara itu, seorang mangsa banjir yang ditemui, Irmezan Mohd Yusof ,26, memberitahu , dia baru sahaja menimang cahaya mata kira-kira dua minggu yang lalu dan terpaksa berpindah ke pusat pemindahan tersebut demi keselamatannya sekeluarga.

“Isteri saya baru saja melahirkan anak sulung kami, Nur Hidayat yang baru berumur 16 hari, Alhamdulillah semuanya selamat, isteri dan anak saya selesa berada di sini dan terima kasih kepada Datin Seri Rosmah sudi melawat kami di sini,'' katanya.

DI SELANGOR !!

rosmah-bakti-lawat-mangsa-banjir-di-dengkil


"Kami turut mengambil inisiatif untuk menyumbangkan RM 10 ribu kepada setiap negeri yang mengalami banjir iaitu di negeri Selangor, Johor, Melaka dan Perak," katanya ketika berucap di Dewan Orang Ramai, Dengkil yang dijadikan sebagai Pusat Penempatan Sementara bagi mangsa banjir.

Selanjutnya baca d SINI...SUMBER

Foto ehsan Peraktoday.com
Share this article :

+ comments + 5 comments

Mohd Imran
November 13, 2012 at 2:09 AM

This is the example of first lady!

aaron lai kah jun
November 13, 2012 at 2:20 AM

i respect ds rosmah because she's so down to earth helping out public!!

Nurul Shamira
November 13, 2012 at 2:22 AM

pr,please learn it from ds rosmah how to help public!

Puteri Fariha
November 13, 2012 at 2:25 AM

DS Rosmah! you are the best!! please continue your service to public!

Tamil selvam
November 13, 2012 at 2:28 AM

if azizah in DS Rosmah shoe do you think she will do this ?? she'll go there and tell,its ntg to do with my husband!! idiotic PR!

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger