Label 10

Home » » SELANGOR HANCUR !! FAEKAH D BAYAR DUA GAJI ?!! BUKTI SURAT RASMI !!

SELANGOR HANCUR !! FAEKAH D BAYAR DUA GAJI ?!! BUKTI SURAT RASMI !!

Written By AAKJ on Thursday, July 19, 2012 | 10:00 PM








Seseorang setiusaha politik adalah penjawat awam atau kakitangan kerajaan yang berstatus kontrak. Tidak kira samada kontrak atau pun tetap seseorang kakitangan kerajaan perlu patuh kepada dan mengikuti peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

Seseorang kakitangan kerajaan tidak dibenarkan bekerja di dua tempat. Tidak boleh menerima gaji atau elaun tetap bulanan dari pihak lain. Jika mereka dilantik menduduki mana-mana ahli lembaga pengarah ianya tidak menjadi masalah kerana jawatan tersebut tidak memberikan elaun tetap bulanan.

Sepertimana jawatan Faekah di UNISEL sebagai ahli lembaga pengarah, ianya tidak menjadi masalah atau melanggar peraturan sebagai kakitangan awam.

Namun sungguh mengejutkan apabila Faekah telah dilantik sebagai Penyelia Jabatan Khidmat Sokongan Menteri Besar dengan dibayar elaun tetap sebanyak RM 5000 sebulan yang dinamakan Imbuhan Elaun Tanggungjawab yang dibayar oleh Perbadanan Menteri Besar (MBI).

Kami sengaja menggelapkan bahagian kepala surat dan bahagian tandatangan di surat berkenaan. Kami mahu melihat ada pihak yang akan mengaku beliau bertanggungjawab mengeluarkan surat itu atau mahu menafikannya.

Adakah Faekah juga akan mengaku menerima elaun tetap bulanan tersebut sepertimana yang beliau mengaku berhubung suratnya yang kami dedahkan sebelum ini ?

Walaupun sedang berdepan dengan kesalahan moral yang serius berhubung surat sokongannya terhadap syarikat milik anak saudaranya, Faekah masih tidak malu untuk bercakap tentang kesalahan orang lain.

Baca sepenuh di Sel13 sini

TQUNSPINNERS
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger