Label 10

Home » » FOTO !! LIHATLAH BUDAYA BANGANG WAKIL RAKYAT !! INI BUKAN BUDAYA KITA !!

FOTO !! LIHATLAH BUDAYA BANGANG WAKIL RAKYAT !! INI BUKAN BUDAYA KITA !!

Written By AAKJ on Thursday, July 19, 2012 | 8:30 PM



Seorang anggota perwakilan Liga Demokrat Sosial, Leung Kwok-hung diusir keluar dari dewan Majlis Perundangan selepas beliau membaling topeng ke arah Ketua Eksekutif Hong Kong, Leung Chun-ying semalam.

Menurut akhbar The Standard, Kwok-hung melakukan perbuatan itu selepas beliau tidak berpuas hati dengan Chun-ying yang gagal memberi jawapan yang memuaskan.
Chun-ying memberi jawapan itu selepas Kwok-hung bertanya tentang kes
pembinaan struktur haram di kediaman Ketua Pegawai Eksekutif tersebut.
Bagaimanapun, topeng itu tidak mengenainya.
Kwong-hung kemudian ditahan oleh beberapa anggota keselamatan dan dibawa keluar daripada dewan tersebut.
Kes pembinaan bangunan haram di kediaman mewah Chun-ying itu mendapat liputan meluas akhbar sebelum ini menyebabkan beliau meminta maaf berhubung isu tersebut.
Namun, dalam jawapannya, Chun-ying menyatakan beliau cuai tentang status pembinaan kediaman tersebut.
Struktur haram itu kemudian telah dirobohkan.
Chun-ying dipilih dalam pemilihan Ketua Pegawai Eksekutif pada Mac lalu bagi mengetuai pentadbiran Hong Kong.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger