Label 10

Home » » SIDANG DUN SELANGOR !! ADUN TOLOL TUDUH BN CURI PASIR TANPA BUKTI !!

SIDANG DUN SELANGOR !! ADUN TOLOL TUDUH BN CURI PASIR TANPA BUKTI !!

Written By AAKJ on Wednesday, March 21, 2012 | 10:00 AM

 

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor mencetuskan ketegangan di antara wakil rakyat kerajaan negeri dan pembangkang mengenai tuduhan melibatkan isu perlombongan pasir dan penjualan tanah di negeri ini.

Tuduhan itu dikemukakan oleh Mat Shuhaimi Shafiei (PKR-Seri Muda) terhadap Datuk Mohd. Isa Abu Kasim (BN-Batang Kali) ketika membahaskan titah ucapan Sultan Selangor dalam sidang berkenaan bahawa wujudnya banyak kawasan lombong di kawasan Batang Kali ketika pentadbiran BN sebelum ini.

Tuduhan itu bagaimanapun, mencetuskan rasa tidak puas hati Mohd. Isa yang bangun mencelah dan meminta Mat Shuhaimi memberikan penjelas mengenai lombong tersebut namun, shuhaimi tidak memberikan sebarang fakta mengenai lombong-lombong di kawasan berkenaan. 

Bagaimanapun, keadaan dewan bertambah tegang apabila Mat Shuhaimi sekali lagi membuat tuduhan bahawa wujudnya aktiviti penjualan tanah ketika pentadbiran BN di Selangor sebelum ini membabitkan kawasan Sri Serdang dan juga Tanjong Karang.

Susulan daripada tuduhan itu, Mohd. Isa sekali lagi mendesak Mat Shuhaimi memberikan penjelasan dan fakta mengenai tuduhan adanya penjualan tanah itu seperti yang didakwa.

Namun, Mat Shuhaimi juga tidak memberikan sebarang fakta, butiran serta bukti-bukti mengenai tuduhannya itu sehingga memaksa Timbalan Speaker, Haniza Mohamed Talha campur tangan.

baca detail d sini ;




AAKJ;

Mana kata nak wujudkan suruhanjaya diraja ?


Bukti dah berlambak !! masih nak kona ??


Skandal pasir yang membabitkan jutaan ringgit wang rakyat makin panas apabila satu demi satu bukti akan didedahkan.Tak guna adanya SelCAT jika kesemuanya hanya satu lakonan yang skripnya digarap semata mata mencukupkan syarat.

SelCAT tak ubah seperti satu pentas lakonan untuk menutup penyelewengan,tidak ada badan bebas yang memantau SelCAT melainkan hanya untuk menjaga kepentingan pakatan.

Mana mungkin pakatan akan membuka pekung sendiri yang sudah pasti akan merugikan mereka.Rakyat Selangor mengikuti dengan rapat kes samun disiang hari yang membabitkan jutaan ringgit yang menyebabkan kerugian yang besar terhadap kepentingan rakyat dan alam sekitar.

Baca kenyataan GAPS detail d sini :


BUKTI SKANDAL PASIR BUKAN SKANDAL BIASA !! INI DAH MACAM SKANDAL YANG WUJUDNYA GENG MAFIA YANG D LINDUNGI ATAU MELINDUNGI SESEORANG D SELANGOR !!
".....rumah Manikavasagam di Meru disimbah dengan cat merah dan terdapat sekeping nota yang ditinggalkan di hadapan rumahnya yang berbunyi; “Jangan campur isu pasir. U mati.”

 
kenapa sampai ada kes nak bunuh ?
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger