Label 10

Home » » SKANDAL PASIR SELANGOR !! SUHAIMI NAK TUBUH SURUHANJAYA D RAJA ?? MB GAGAP SETUJU ?!!

SKANDAL PASIR SELANGOR !! SUHAIMI NAK TUBUH SURUHANJAYA D RAJA ?? MB GAGAP SETUJU ?!!

Written By AAKJ on Saturday, March 10, 2012 | 10:00 AM


SELCAT HANYA LAKONAN SI TOLOL !!

Skandal pasir yang membabitkan jutaan ringgit wang rakyat makin panas apabila satu demi satu bukti akan didedahkan.Tak guna adanya SelCAT jika kesemuanya hanya satu lakonan yang skripnya digarap semata mata mencukupkan syarat.

SelCAT tak ubah seperti satu pentas lakonan untuk menutup penyelewengan,tidak ada badan bebas yang memantau SelCAT melainkan hanya untuk menjaga kepentingan pakatan.

Mana mungkin pakatan akan membuka pekung sendiri yang sudah pasti akan merugikan mereka.Rakyat Selangor mengikuti dengan rapat kes samun disiang hari yang membabitkan jutaan ringgit yang menyebabkan kerugian yang besar terhadap kepentingan rakyat dan alam sekitar.

baca selanjutnya d sini ;


Adun tolol..gambar d bawah, mencabar Datuk Seri Noh Omar untuk berdebat isu pasir ke isu peribadi dia hentam Sultan Selangor atau isu penubuhan Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat skandal mencuri pasir atau Lanun Pasir !!

Aakj dengar si Tolol Yb yang gambarnya d bawah atau nama dia Suhaimi ni TOKEY BESAR atau Multi Jutawan Pasir Selangor sekarang ? aku tak tuduh ni tolol..aakj tanya je..kalau tak aakj minta maaf hehe..opsss



Rm 300 juta duit hasil pasir lesap ?? lesap begitu saja atau d lesapkan atau siapa yang melesapkan ?? Suhaimi atau MB gagap tak nak jawab ke kenyataan dari GAPS ( Gagasan Anti Penyelewangan Selangor ), Ngo yang sentiasa berani keluarkan kenyataan berdasarkan fakta dan bukti !!

Kalau kenyataan d bawah ini salah atau fitnah maka MB gagap wajib saman je Ngo ni !!

Baca dengan teliti walaupun berkali-kali..ini soal kehilangan wang atau duit rakyat bukan RM 300.00..ini Rm 300,000,000.00 !! banyak ni...



GAPS : Segerakan Penubuhan Suruhanjaya Diraja Skandal Pasir Selangor


Skandal Pasir memasuki era baru di Selangor apabila sah KSSB syarikat yang ditubuhkan oleh MB Selangor gagal untuk menepati janji sumbangan RM150 juta kepada rakyat Selangor seperti yang dijanjikan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim dalam Ucapan Belanjawan Selangor 2009.
Maknanya dari tahun 2009 hingga sekarang dianggarkan lebih RM300 juta pendapatan rakyat Selangor dari hasil pasir telah diselewengkan oleh pihak-pihak tertentu yang menjalankan peniagaan pasir di Selangor khususnya KSSB.
KSSB yang diberikan hak mutlak dan monopoli peniagaan pasir di Selangor sejak pakatan DAP, PKR dan PAS memerintah juga dilihat sangat lemah sehingga gagal untuk melaksana, mengawal, menyelia dan memberikan pulangan kewangan seperti yang dijanjikan oleh MB Selangor.
Lebih buruk lagi apabila kematian seorang pemberi maklumat skandal pasir yang juga seorang ahli perniagaan yang dikatakan mempunyai kaitan dengan skandal pasir di Selangor itu.
Sehingga ini pejabat MB Selangor memandang sinis kepada Raja Petra Kamaruddin, blogger tersohor yang terus mendedahkan maklumat-maklumat di media maya tanpa segan dan silu yang menjadikan rakyat semakin jelas dengan maklumat terkini lagi sensasi polemik pasir Selangor ini.
Pemecatan 9 orang kakitangan KSSB yang cuba mencari kebenaran dalam skandal Pasir merupakan episod kezaliman kerajaan negeri Selangor kepada kakitangan anak syarikat nya. Dimanakah nasib dan masadepan mereka yang cuba menegakkan kebenaran dan keadilan dalam pentadbiran di Selangor sekarang ? – jawapan nya – You are FIRED !
Dimanakah kesudahan skandal yang melibatkan wang ratusan jutaan ringgit ini ? Mahkamah Rakyat atau Debat Rakyat, pilihan kerajaan negeri ? Debat Rakyat tentunya tidak menyelesaikan skandal ini malah ia sekadar mempolemik terus isu penyalahgunaan ini.
SELCAT pula terlalu politiking sifat nya selain mempunyai bidang kuasa yang amat terbatas. Skandal Pasir ini terlalu besar dan replika kuching dan tikus tidak mampu untuk menyelesaikan persoalan penyelewengan yang besar ini.
GAPS melihat penubuhan Suruhanjaya Diraja Skandal Pasir Selangor memang satu kewajipan kerana skandal ini melibatkan penyelewenang ratusan jutaan ringgit wang rakyat Selangor dan menyebabkan kematian seorang rakyat Malaysia.
Cakap kosong MB dan putar alam Exco nya dalam skandal pasir ini langsung tidak menyakinkan rakyat Selangor. Rakyat Selangor menuntut agar Suruhanjaya Diraja Skandal Pasir Selangor ditubuhkan segera agar penyangak pasir ini dapat dihadapkan kemuka pengadilan.
Rakyat Selangor menuntut ketelusan yang hakiki, bukan ketelusan yang diwarnai oleh kepentingan politik individu atau parti tertentu.
Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)

Dedah skandal pasir , kena ugut bunuh !
Siapa mereka ini berani ugut MP Kapar ini ??
BUKTI SKANDAL PASIR BUKAN SKANDAL BIASA !! INI DAH MACAM SKANDAL YANG WUJUDNYA GENG MAFIA YANG D LINDUNGI ATAU MELINDUNGI SESEORANG D SELANGOR !!
".....rumah Manikavasagam di Meru disimbah dengan cat merah dan terdapat sekeping nota yang ditinggalkan di hadapan rumahnya yang berbunyi; “Jangan campur isu pasir. U mati.”
Kenyataan Mb Gagap ; kenyataan nak raih simpati rakyat ??
"...mendesak pihak polis agar segera bertindak menyiasat ugutan bunuh yang dibuat ke atas Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam..."
Baca detail story kat sini mengenai UGUTAN BUNUH !!

ADA YANG DAH ARWAH PUN..KES CURI HARTA RAKYAT MASIH TAK SELESAI !
ANTARA KES YANG MEMALUKAN BILA LAKONAN TAK MENJADI !!
Curi pasir Selangor: Lo’ Lo’ malu sendiri
KUALA LUMPUR 13 Julai – Tindakan Dr. Lo’Lo’ Mohamad Ghazali  (Pas – Titiwangsa) yang cuba menyalahkan kerajaan Pusat dalam isu curi pasir di Selangor akhirnya memakan diri apabila tuduhannya itu dipatahkan oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah Embas. Pada mulanya Dr. Lo’ Lo’ dilihat seperti cuba memberikan bola tanggung untuk disambut oleh Ahli-ahli Parlimen daripada pembangkang lain dengan mencelah bertanyakan Douglas mengenai siapa sebenarnya yang berkuasa dalam pengeluaran permit pasir.
“Saya hendak tanya siapa sebenarnya yang berkuasa mengeluarkan permit korek pasir di Selangor?,” soalnya. Ia lantas dijawab oleh Douglas: “Pihak yang berkuasa mengeluarkan permit pasir ialah kerajaan negeri manakala pengawal dan pemantaunya juga adalah kerajaan negeri, jadi dalam kes Selangor kerajaan negerilah yang bertanggungjawab.”
Lo’ Lo’ yang tidak berpuas hati dengan jawapan itu sebaliknya bertanya lagi: “Penguatkuasaannya pula siapa yang berkuasa, Pasukan Gerakan Am dan polis, apa yang mereka buat?,”. Jawab Douglas: “Penguatkuasaan juga kuasa kerajaan negeri.” Lantas terus mendiamkan Lo’ Lo’. Douglas ketika itu sedang menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 pada sidang Dewan Rakyat hari ini. 
UTUSAN MALAYSIA

BERSAMBUNG..SIAPA YANG KENA BUNUH DALAM KES LANUN PASIR INI ??



Share this article :

+ comments + 1 comments

March 10, 2012 at 10:43 AM

X habis2 Pakatan Haprak menyamun duit rakyat!!

NURUL IZZAH TABUR FITNAH DI BUKIT GASING? Baca di sini!!

http://apakecoh2.blogspot.com/

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger