Label 10

Home » » SIDANG DUN SELANGOR !! "4 DAMN YEARS FOR NOTHING !!" YOU ALL FAIL !!

SIDANG DUN SELANGOR !! "4 DAMN YEARS FOR NOTHING !!" YOU ALL FAIL !!

Written By AAKJ on Wednesday, March 21, 2012 | 8:30 AM




Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kuang, Tuan Abdul Shukur bin Idrus mencabar kerajaan negeri untuk menyatakan apakah pembangunan yang telah dilakukan sepanjang empat (4) tahun mentadbir di Selangor.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kritikan ADUN Seri Muda, Shuhaimi Shafiei yang melemparkan tuduhan bahawa kerajaan Selangor terdahulu dibawah Barisan Nasional menjual banyak tanah namun tidak mahu dan enggan mengemukakan sebarang bukti.

Shukur turut membidas retorik penjimatan air RM11.00 yang dinikmati oleh rakyat di Selangor, sedangkan bukan semua golongan yang telah menerima faedah tersebut.

"Tidak semua rakyat yang menikmati RM11.00 air percuma ini," tambah beliau.

"Rakyat yang berpendapatan rendah dan miskin tinggal di rumah pangsa yang menggunakan meter pukal tidak pernah menikmati faedah ini, bagaimana pula kerajaan negeri boleh mengatakan rakyat Selangor telah menikmati air percuma.

ADUN Kuang ini turut berkata golongan yang tinggal di rumah mewah, banglo, kilang serta industri turut menerima air percuma walhal golongan ini tidak menerima apa-apa kesan dari penjimatan ini.

"Sepatutnya rakyat yang menggunakan meter berpukal inilah golongan sasaran utama yang wajib menerima penjimatan RM11.00 ini," kata Shukur. Beliau turut mencabar Shuhaimie untuk menunjukkan bukti pembangunan yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri dalam tempoh 4 tahun ini.

"Sebatang jalan pun tidak dibuat atas nama nama jalan baru walaupun menerima peruntukan RM350 juta setahun dari kerajaan pusat," tegas Shukur.

Beliau turut menyindir jika Shuhaimi boleh menamakan mana-mana masjid, surau, tokong dan kuil baru yang telah dibina sepanjang pemerintahan PKR.

Shukur turut berkata selain dari isu pasir, tumpuan kerajaan negeri hanyalah menjual aset-aset anak syarikat kerajaan negeri seperti Padang Kelana Jaya, Asrama Yayasan Kampung Pandan.

"Tanah 40 ekar di Bukit Cerakah juga mahu dijual kepada pemaju. Saya kira idea yang ada kerajaan negeri hanyalah mencantikkan akaun kewangan kerajaan negeri dengan menjual aset-aset yang sedia ada," kata Shukur.



RUJUK;  http://www.papagomo.com/2012/03/apa-pembangunan-yang-dilakukan-kerajaan.html 

Sumber KL POS 
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger