Lagi dokumen mendesak Khalid tubuh Suruhanjaya Diraja berkenaan pasir
Bakal peninglah MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.
Dia dah ketepikan tuntutan tubuh Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat perihal pasir. Katanya operasi KSSB dipantau oleh SPRM dan Transparency International. Hehehe ... bekas ketua TI Malaysia itu kan orang DAP dan mereka dibiayai asing untuk bersikap kritikal terhadap kerajaan persekutuan.
Baca alasan Khalid sini
Kononnya isu pasir ini isu basi dan ditimbulkan oleh Raja Petra yang mana ADUN Suhaimi anggap dah tak ada kredibiliti.
Raja Petra mendedahkan Suhaimi dan Amiruddin Shaari sebagai terlibat dalam projek pasir yang banyak ketirisan.
Mungkin RPK tak ada kredibiliti kerana ditangkap bohong banyak kali. Tapi ini Dato Noh yang dedahkan.
Soalnya Khalid dahulu kata akan kutip RM150 juta untuk pasir, tetapi kenapa hanya masuk dalam RM15 juta saja. Dia juga cakap depan Sultan. Inilah ketirisan yang dikatakan.
Docket tulis lain, korek pasir crita lain.
Tambah Dato Noh, mereka khususnya Selcat pun hanya main wayang untuk tutup kes pasir ini.
Didedahkan RPK juga bahawa juga seorang bernama Dato Patrick Wong telah berjumpa denganya dan mahu dedahkan penyelewengan pasir tapi dipercayai telah dibunuh.
Baiklah, ini bukan perkara yang menghairankan kerana Kita Gempur ada pendedahan mangsa kekerasan samseng kepada kakitangan KSSB sini.
Laporan polis daripada kakitangan KSSB yang diugut bunuh melalui satu panggilan telefeon.
Akuan Bersumpah salah seorang kontraktor pasir yang dipermainkan oleh kakitangan KSSB
Surat daripada KSSB mengesahkan bahawa Wong Swee Leong adalah pegawai yang dipertanggungjawapkan untuk setiap sebutharga KSSB
Post a Comment