PRAGUE, Republik Czech 16 Feb. – Seorang kapten kapal terbang yang membawa 46 penumpang meninggal dunia ketika dalam penerbangan dari ibu negara Poland, Warsaw ke ke bandar raya ini semalam.
Jurucakap penerbangan Republik Czech, Hana Hejskova berkata, pembantu juruterbang terpaksa mengambil tugasnya untuk mendarat pesawat itu.
Menurutnya, pesawat jenis ATR 42 itu berjaya mendarat dengan selamat dan semua penumpang tidak terancam kerana pembantu juruterbang tersebut telah dilatih untuk berdepan dengan situasi berkenaan. – AGENSI
Post a Comment