Ramai di luar sana yang meminat Johan As’ari bukan sahaja kerana lakonannya, tetapi kerana latar belakang pendidikannya. Untuk makluman, Johan pernah belajar di sekolah tahfiz Pondok Persantren As-Syuhada, Pasar Lubok Landai, Muara Bungo, Jambi, Indonesia pada tahun 2008 dan 2009. Dan baru-baru ini, Johan mengakui yang dia cuba berdakwah melalui cara tersendiri menerusi lakonannya.
Kata Johan:-
Saya bukanlah hebat mana pun kerana hanya berjaya menghafal satu juzuk setengah kitab Al-Quran sahaja. Tetapi saya akan tetap berdakwah dengan cara yang tersendiri menerusi bidang lakonan yang saya ceburi. Itu niat yang dipegang, Harap-harap, orang luar tidak memandang skeptikal terhadap diri ini. Bayangkan, bagaimana kita mahu mendidik anak-anak remaja kita dalam kelab malam jika berpakaian jubah? Sudah pasti mereka tidak akan layan. Justeru itu saya mahu mendidik mereka menerusi cara saya yang tersendiri. Insya-Allah, jika kita jujur, maka kita akan peroleh hasil seperti yang diinginkan.
Berdakwah menerusi lakonan sememangnya satu usaha yang boleh dipuji. Kalau kena caranya, memang akan ada impak yang positif. Namun pelik kerana banyak jugak gambar-gambar mesra Johan As’ari bersama artis wanita lain. Itu pun kira berdakwah menerusi lakonan jugak ke? Sesiapa boleh terangkan ?
tq-nara
Post a Comment