Label 10

Home » » BUDAYA POLITIK GANAS PAKATAN !! SAY NO TO PAKATAN !!

BUDAYA POLITIK GANAS PAKATAN !! SAY NO TO PAKATAN !!

Written By AAKJ on Thursday, February 16, 2012 | 9:00 AM

Suspek pengebom diberkas


LELAKI warga Iran disyaki terlibat pengeboman di Bangkok, Mohammad Hazai disiasat anggota polis selepas ditangkap di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, kelmarin


KUALA LUMPUR 15 Feb. – Seorang lelaki warga Iran yang diburu polis Thailand kerana melarikan diri ke negara ini setelah disyaki terlibat dengan tiga letupan bom di negara itu semalam, dicekup polis sejurus tiba di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang dekat sini, petang ini.

Difahamkan, suspek dikenali sebagai Zedhaghat Zadech Masoud ditahan di LCCT, sebaik sahaja tiba dengan penerbangan dari Bangkok, Thailand.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini, mengesahkan penahanan Masoud tetapi enggan mengulas lanjut.

Beliau berkata, apa sahaja tindakan lanjut yang akan diambil terhadap lelaki berkenaan adalah bergantung kepada peruntukan undang-undang di negara ini.
“Kita mengetatkan kawalan di pintu masuk negara untuk mengesan lelaki Iran ini setelah mendapat permohonan daripada polis negara jiran itu.

“Saya tidak menafikan suspek sudah ditahan tetapi apa sahaja tindakan lanjut diambil terhadapnya mestilah mengambil kira undang-undang negara kita (Malaysia),” ujarnya.

Polis Thailand hari ini meminta bantuan PDRM untuk mengesan Masoud yang dikehendaki kerana didakwa terlibat dengan tiga letupan bom di Bangkok setelah mengesyaki lelaki itu melarikan diri ke Malaysia.

Suspek dipercayai melarikan diri ke negara ini dengan menaiki penerbangan dari Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Bangkok selepas disyaki terlibat dengan kejadian letupan bom di tiga lokasi di Jalan Sukhumvit 71, Bangkok yang berakhir dengan seorang lelaki Iran putus kedua-dua belah kakinya.
Masoud dikenal pasti sebagai suspek ketiga dalam insiden letupan itu, manakala seorang lagi rakannya dikenali sebagai Mohammad Hazai, 42, berjaya ditangkap di Lapangan Terbang Suvarnabhumi ketika hendak menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur malam tadi.

Insiden letupan itu berlaku sehari selepas kakitangan Kedutaan Israel di New Delhi, India dan Tbilisi, Georgia menjadi sasaran pengebom, dalam serangan yang didakwa oleh Israel sebagai angkara Iran.
Hazai dikenal pasti menerusi kamera litar tertutup sebagai seorang daripada tiga lelaki Iran yang menyewa sebuah rumah di Bangkok di mana sebutir bom meletup petang semalam.

Selepas letupan itu, Hazai dan seorang lagi suspek melarikan diri dari rumah tersebut yang didapati menempatkan bahan letupan plastik C-4.
Seorang lagi lelaki dikenali sebagai warga Iran bernama Saeib Morabi lari dari rumah itu dan cuba menahan teksi. Apabila mereka enggan berhenti, dia melontar sebutir bom tangan ke arah salah sebuah teksi dan menyebabkan pemandunya dan tiga pejalan kaki cedera.

Morabi, 28, melarikan diri tetapi berjaya diekori oleh sebuah kereta peronda polis. Apabila menyedari diekori, dia membaling sebutir lagi bom tangan ke arah kereta itu, ia melantun dari sebuah trak pikap lalu meletup dekat dirinya, menyebabkan kedua-dua belah kakinya putus.

Mengulas lanjut, Khalid berkata, PDRM sentiasa bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa negara lain termasuk polis Thailand dalam usaha mengekang kegiatan pengganas demi menjamin keamanan negara ini.
“Kita sedar suspek yang diburu ini berbahaya. Justeru, pemantauan ketat di pintu masuk sempadan negara sama ada melalui darat dan udara sentiasa diperketatkan.

“Kita sudah menempatkan anggota untuk membuat pemantauan di lokasi berkenaan,” katanya.


tq-bernama
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger