Label 10

Home » » SENARAI NGO YANG SOKONG PERHIMPUNAN "SEKS MERDEKA" D DEDAHKAN !! PAS TUTUP MULUT HILANG KEMALUAN?!!

SENARAI NGO YANG SOKONG PERHIMPUNAN "SEKS MERDEKA" D DEDAHKAN !! PAS TUTUP MULUT HILANG KEMALUAN?!!

Written By AAKJ on Wednesday, November 2, 2011 | 7:53 AM

Projek yang dinamakan SEKSUALITI MERDEKA 2011 sebenarnya berpegang kepada prinsip amalan seks bebas dengan mempromosikan amalan seks songsang dan luar tabi'e LBGT - Lesbianisma, Bisexuality, Gay & Transgender. Mereka sedang berusaha untuk memasukkan amalan LBGT ini sebagai salah satu agenda perjuangan hak asasi manusia!

LESBIANISMA - adalah amalan seks songsang dan luar tabi'e diantara wanita dengan wanita, dan ianya adalah satu kesalahan jenayah didalam negara ini. Ringkasnya, merea mahu menghalalkan musahaqah;

BISEXUAL - adalah amalan seks bebas antara pasangan tanpa batas termasuk amalan seks sebelum kahwin, bertukar pasangan berkahwin dengan orang lain. Ringkasnya menghalalkan perzinaan;

GAY - adalah 'amalan seks songsang dan luar tabi'e dengan menjadikan dubur sebagai laluan seks. Ringkasnya, menghalalkan 'amalan liwat dan homoseksual;

TRANSGENDER - ini adalah 'amalan songsang dan luar tabi'e untuk berkelakuan dan bersifat seksual bertentangan (lelaki jadi perempuan, perempuan jadi lelaki), termasuk amalan menukar jantina (walaupun Islam mengiktiraf kaum khunsa, iaitu mereka yang dilahirkan dengan dua alat jantina dimana mereka diberi ruang untuk membuat pilihan jantina, tetapi Islam mengutuk keras dan melaknat 'amalan transgender ini!).

Adakah kaum ini mahu memperjuangkan amalan seks bebas tanpa batas dalam negara ini? Dalam keadaan kita sedang berhadapan dengan pelbagai isu gejala sosial, perzinaan terbuka dan melampau, kegiatan homoseksual dan lesbian yang keterlaluan, gejala pembuangan bayi dan banyak lagi. Malahan sudah mula kedengaran amalan pesta bertukar pasangan diantara pasangan berkahwin bertukar laki dan bini masing-masing dengan orang lain.

Selain cuba untuk menghalalkan amalan seks songsang dan luar tabi'e, kaum ini juga bercadang untuk memansuhkan peruntukkan undang-undang yang menjadikan amalan seks songsang dan luar tabi'e saperti yang diperuntukkan oleh Seksyen 377 A-D Kanun Keseksaan dimansuhkan.

Antara pertubuhan yang menyokong himpunan KEBEBASAN SEKSUALITI 2011

Amnesty International Malaysia
Bar Council Malaysia Human Rights Committee
EMPOWER
KL Word
KRYSS (Knowledge & Rights with Young people through Safer Spaces)
Justice For Sisters
MyConstitution Campaign
MyNetra
Precious Old China Restaurant
PT Foundation
Pusat Rakyat LoyarBurok
Rev Yap Kim Hao
Quek Sue Yian
SUARAM
Tenaganita
Women's Aid Organisation
Women's Candidacy Initiative
United Nations Theme Group on HIV
and many other individuals

SUMBER:
zul4kulim.blogspot.com
http://www.seksualitimerdeka.org/
Share this article :

+ comments + 2 comments

November 2, 2011 at 11:48 AM

nauzubillah...sama2 berjuang menghalangnya..jangan biarkan perkara seperti nie berleluasa...BANTERAS SECEPAT MUNGKIN!!

November 3, 2011 at 8:24 PM

kenapa tak lenyap kan saja penganjur tu.dah lama huru hara kan malaysia.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger