Ketua Muslimah PAS Selangor Pembohong!!!
Heboh di blog-blog pembangkang, kononnya Muslimat PAS telah berjaya membeli bangunan milik UMNO. Kejayaan ini disambut sepertimana kematian Gadaffi di tangan pemberontak di Libya.
Rupa-rupanya ia berpunca dari kenyataan Ketua Dewan Muslimah PAS Selangor, Wan Hasrina Wan Hasan yang membuat kenyataan bahawa mereka telah membeli sebuah premis yang didakwa milik UMNO. Premis lot kedai di Seksyen 10 Shah Alam itu dikhabarkan milik bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Klang yang bergelar Dato’.
Penulis telah membuat beberapa panggilan telefon kepada sahabat-sahabat di Klang, yang kesemuanya menafikan dakwaan yang dibuat oleh Wan Hasrina. Lebih melucukan, dalam sejarah UMNO Bahagian Klang sendiri, tidak pernah seorang ketua pemuda mendapat gelaran dato’.
Melalui sebuah blog, premis berkenaan sebenarnya milik seorang ahli perniagaan bergelar Dato’ K. Beliau adalah ahli UMNO di Pelabuhan Klang dan tidak lagi aktif semenjak 1993. Dato’ K dipercayai telah lama pulang ke Kelantan bagi menumpukan kepada aktiviti perniagaannya.
Tidak dinafikan mungkin premis itu telah disewa oleh UMNO sebelum ini untuk dijadikan bilik gerakan berikutan hubungan baik dengan pemilik asalnya yang juga merupakan ahli UMNO di Pelabuhan Klang. Maka tidak hairanlah andai Wan Hasrina mendakwa bahawa terdapat barangan UMNO di dalam premis berkenaan.
Namun dakwaan bahawa ianya milik Ketua Pemuda UMNO Bahagian Klang ternyata suatu penipuan politik. Apatah lagi jawatan tersebut tidak pernah disandang oleh seorang Dato’. Dan Dato’ K, walaupun berkeahlian UMNO, tidak pernah menjadi waima Ketua Pemuda Cawangan. Bagaimana pula seorang yang bukan dari kalangan Ketua Pemuda Cwgn boleh diangkat menjadi Ketua Pemuda Bahagian?
Inilah masalahnya apabila orang luar menjadi pemimpin di Selangor. Latarbelakang politik dan sejarah tidak pernah dikenali, maka kenyataannya hanyalah bersifat membabi – buta semata. Sedang mendengar loghatnya sahaja, orang Selangor sudah muak.
Dan pembohongan bukanlah asing kepada PAS, dari pucuk pimpinan sehinggalah ke akar umbi, semuanya pandai berbohong. Tak percaya, tanyalah Mursyidul Amnya, Presiden parti, apatah lagi Timbalan Presidennya.
Kini, Ketua Dewan Muslimah pula berbohong, yang mengingatkan kita bagaimana Cikgu Normala berhari-hari membohongi seluruh rakyat Malaysia, dengan menyembunyikan kebenaran bahawa suaminya rupanya berstatus “cuti sakit”, demi menemaninya berkempen!
Ligat pula berkempen!!! Dunia.. Dunia…
TQSELANGORDAILY.COM
Post a Comment