Label 10

Home » » SERONOK SELANGOR !! ADUN2 DAH NAIK GAJI..ANAK2 SYARIKAT MENJUNAM KE LONGKANG !!

SERONOK SELANGOR !! ADUN2 DAH NAIK GAJI..ANAK2 SYARIKAT MENJUNAM KE LONGKANG !!

Written By AAKJ on Wednesday, November 2, 2011 | 9:06 AM

Sesungguhnya tiada apa lagi yang mampu dilakukan oleh rakyat Selangor, selain dari mengetahui bahawa saban hari negeri mereka telah dikucarkacirkan dengan urustadbir yang lemah, penyelewengan dan mengkronikan ekonomi negeri.
Kepincangan ini giat dijalankan oleh Menteri Besar, sekalipun mempunyai Penasihat Ekonomi yang mendabik dada bahawasanya dia adalah bekas menteri kewangan Malaysia.
Di saat rakyat tertekan dengan kos hidup yang sedang melambung, Khalid dan sekutunya bertindak tidak rasional apabila menaikkan elaun wakil rakyat.  Ironinya, merekalah selalunya yang melaung-laungkan kononnya memperjuangkan nasib rakyat.
Sungguhpun bermadah helah, dengan kenaikan elaun dinikmati juga oleh wakil rakyat BN, sehingga kini Khalid masih lagi membisu dan tidak mengeluarkan senarai siapakah yang mendapat kenaikan tersebut.  Pastinya ia lebih dinikmati oleh wakil rakyat Pakatan berbanding wakil rakyat BN yang jauh lebih sedikit bilangannya.
Belum pun isu itu terjawab, rakyat digemparkan dengan kerugian yang dialami oleh anak-anak syarikat negeri.
Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan bahawa Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) telah mengalami kerugian sebelum cukai RM122.25 pada 2009 berbanding keuntungan sebelum cukai RM34.45 juta pada 2008.  Ini menunjukkan setelah 1 tahun mengambilalih kerajaan semenjak 2008, ketidakupayaan mengurustadbir telah berlaku.
Keadaan semakin serius apabila beberapa lagi anak syarikat negeri turut mengalami kerugian yang bernilai berjuta-juta ringgit.
Kumpulan Hartanah Selangor Berhad telah mengalami kerugian selepas cukai berjumlah RM99.90 juta.  Ini ditambah pula dengan kerugian yang dialami oleh Kumpulan Perangsang Selangor Berhad sebanyak RM139.23 juta selepas cukai.
Kerugian yang dialami oleh ketiga-tiga anak syarikat negeri ini sangat serius memandangkan tempoh waktu tidak sampai satu penggal rejim Khalid memerintah di Selangor.
Kerajaan negeri disarankan supaya meluluskan atau mengikut Prosedur Kerja atau Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam menjalankan aktiviti kewangan anak syarikat.  Tidakkah kerajaan negeri mempunyai SOP terhadap urustadbir ini sehinggakan DISARANKAN oleh Audit Negara?  Ia menggambarkan sesungguhnya berlaku salah urustadbir dan bertindak seolah-olah anak-anak syarikat ini dipunyai oleh individu-individu tertentu atau syarikat sendirian berhad, tanpa mengikut prosedur-prosedur yang ditetapkan.
Pendedahan dari Audit Negara ini sangat mengejutkan kerana Menteri Besar Selangor sebelum ini dibangga-banggakan sebagai tokoh korporat, yang telah lama memegang jawatan-jawatan penting dari GLC.  Promosi tentang dirinya cukup menggunung.  Hebatnya apabila berbicara di depan Tuanku Sultan Selangor tentang janji kutipan pasir beratus juta rupanya indah khabar dari rupa.
Rakyat tidak boleh lagi memperjudikan masa depan negeri terkaya dan termaju di Malaysia ini.  Untung nasib 2008 telah rakyat Selangor tentukan, dan “habuan” tentang apa yang sedang berlaku kepada negeri ini adalah “hadiah” terbaik kepada rakyat dari pemerintah yang mereka pilih.
Tempoh waktu yang ada, rakyat hanya mampu melihat, membaca dan mendengar akan kepincangan ciptaan si Khalid.  Ambillah pedoman dari kesilapan lalu.
Masa untuk berubah.
Berani berubah.
Sayangi Selangor, Yakini BN!

TQSELANGORDAILYDOTCOM
Share this article :

+ comments + 1 comments

November 2, 2011 at 11:46 AM

hidup Kerajaan..!!

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger