Label 10

Home » » MALU !! PELAJAR BUAT PRAKTIKAL PEJABAT AGAMA D TANGKAP SELEPAS LETIH BERZINA ?!!

MALU !! PELAJAR BUAT PRAKTIKAL PEJABAT AGAMA D TANGKAP SELEPAS LETIH BERZINA ?!!

Written By AAKJ on Tuesday, October 11, 2011 | 7:37 PM

MURUNG... wanita bersama pasangan dibawa
ke IPD Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut
.

KOTA KINABALU: Seorang penuntut wanita universiti di Lembah Klang berusia 22 tahun yang dipercayai selesai membersihkan diri selepas ‘bersama’ teman lelakinya, terkejut apabila mendapati penguat kuasa agama berkopiah memenuhi ruang bilik rumah tumpangan disewa bersama kekasih yang juga penuntut universiti di negeri ini, kelmarin.

Gadis tempatan yang juga penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Kuala Lumpur itu dikatakan menjalani latihan amali di Wisma Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) dan mengambil kesempatan berasmara dengan kekasihnya, jam 11.30 malam.

Bagaimanapun, perbuatan pasangan kekasih itu dihidu penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) yang menyerbu bilik berkenaan sebelum mendapati teman lelakinya yang berusia 21 tahun terbaring keletihan di atas katil.

Pemeriksaan di bilik berkenaan mendapati pakaian dalam gadis berkenaan bertaburan di atas lantai, malah ketika disoal siasat, mereka mengaku hanya pasangan kekasih dan mengambil kesempatan memadu kasih di rumah tumpangan itu.

Penolong Ketua Penguat kuasa Agama JHEAINS, Khamis Jamil berkata, ketika serbuan beberapa penguat kuasa mengetuk pintu bilik pasangan terbabit beberapa kali sebelum dibuka seseorang.

"Sebaik memasuki bilik berkenaan, lelaki terbabit berselimut atas katil, manakala seorang gadis yang hanya bertuala di dalam bilik air dan terkejut dengan kehadiran kami.

"Selepas diperiksa, kami mendapati lelaki berkenaan bukan beragama Islam dan dibebaskan, manakala gadis terbabit ditahan untuk siasatan lanjut," katanya.

Katanya, siasatan juga mendapati gadis berasal dari Kinabatangan itu menjalani latihan praktikal di bandaraya ini.

"Gadis itu disiasat mengikut Seksyen 84, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sabah 1995 dan boleh didenda RM2,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan," katanya.

Katanya, operasi besar-besaran itu turut disertai Jabatan Imigresen, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Dalam opesai lebih empat jam itu, 10 hotel diperiksa dan tujuh pasangan ditahan kerana berkhalwat termasuk ada antara mereka ditangkap dalam keadaan tidak berpakaian.

"Pada masa sama, operasi turut menyasarkan pondan yang sering berkeliaran di sekitar bandar raya ini. Semua mereka yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut," katanya.
 
HM
Share this article :

+ comments + 1 comments

October 11, 2011 at 10:49 PM

Inilah masaalahnya. Bila berlaku bersama pasangan yang bukan Islam dilepaskan. Sepatutnya kes begini perlu dihadapkan di mahkamah Sivil, bukannya di mahkamah Syariah.

Aku yang Bingai
http://tendangterajang.blogspot.com/2011/10/kj-bocor-rahsia-siapa-kroni-dsn.html

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger