Label 10

Home » » TEROWONG KOMUNIS D BINA D SEMPADAN MALAYSIA -SIAM..KENAPA ??

TEROWONG KOMUNIS D BINA D SEMPADAN MALAYSIA -SIAM..KENAPA ??

Written By AAKJ on Tuesday, October 11, 2011 | 8:24 PM


Bandar Betong merupakan sebuah kawasan penempatan yang mempunyai ciri-ciri  sebuah bandar kompleks dihuni majoriti penduduk Islam dan Berketurunan Melayu . Terletak di Hujung Selatan Negara Thailand bersempadankan Negara Malaysia dengan jarak tidak sampai 10 km dari Sempadan Malaysia. 


Dari segi Georgafinya Betong merupakan Permulaan Banjaran Titiwangsa yang membawa ke Hutan Belum(Perak) dan Cameroon Highland(Pahang) kemudian bersambung terus dengan Fraser Hill dan Bentong(Pahang) sehingga membawa ke Bukit Putus di Kuala Pilah(Negeri Sembilan). Betong dihubungkan dengan Jalan Darat dari Yala dibahagian Selatan Thailand atau dari Pengkalan Hulu Gerik Perak di sebelah Utara Malaysia.



Bandar ini sangat Sinonim dengan Panggilan Markas Komunis Malaya kerana di sini merupakan kubu kuat Angkatan Bersenjata Komunis Malaya. Kebanyakkan ahli mahu pun Gerila Komunis akan ke Betong bagi menjalani Latihan Ketenteraan semasa Zaman Jajahan British dan Semasa Pendudukan Jepan hinggalah pada zaman pemerintahan Kerajaan Malaysia pada 1974. 

Negara ini adalah antara Negara yang Tidak Pernah di Jajah oleh mana-mana kuasa besar dunia hingga ke hari ini. Akhirnya pada 1989, berlaku peristiwa penting iaituRundingan Damai Haadyai. Ianya merupakan Perjanjian Damai yang ditandatangani pada 2 Disember 1989 di antara Kerajaan Malaysia dan Parti Komunis Malaya (PKM). 







Betong Municipality Park dan PiyaMit Tunnel
Piya Mit Tunnel (Terowong Piya Mit) merupakan Kubu Bawah Tanah yang juga merupakan Terowong Komunis bagi Mengelinap Masuk ke Tanah Malaya. Piyamit Tunnel adalah Ban Piyamit 1, terletak di Tambon Tano Mae Ro, laluan yang sama untuk ke Betong Hot Spring. Merupakan Tinggalan Sejarah Penting Komunis Malaya yang dibina pada 1976 dengan Tenaga Kerja seramai 50 orang selama 3 bulan. 





Terowong ini boleh menempatkan hampir 300 orang dalam satu-satu masa dan terdapat pelbagai kemudahan di dalamnya seperti Tempat Memasak, Bilik Perjumpaan, Ruangan Simpanan Makanan, Bilik Perubatan dan Tempat Pembuatan Senjata. selain memiliki Lubang2 Rahsia yang membolehkan memasuki Wilayah Malaysia. 


Dengan kedalaman mencecah 60 kaki di bawah paras bukit dan sejauh lebih 1 km panjang, Merentas Negara Malaysia dan Thailand dan memiliki 9 jalan keluar. Diperkatakan bahawa terowong ini juga boleh menembusi Terowong yang terletak di Sadao,. dan Terowong di Bahagian Kawasan Malaysia telah di Timbus bagi menghapuskan jalan masuk ke menyeberangi Negara Malaysia oleh Pihak Tentera Malaysia. dan ini merupakan Tinggalan Sejarah Bermakna bagi Kedua-dua Negara dan Pihak PKM juga.



Taman Flora-Fauna Betong merupakan kawasan yang terdapat Tumbuhan2 Pelbagai Jenis Spises Tropika dan Khatulistiwa selain menempatkan Pelbagai Patung2 Binatang2.. dengan Udara yang menyegarkan bertambah lagi sekiranya pada waktu pagi. Tempat ini merupakan laluan persinggahan untuk ke Terowong PiyaMit.
Laluan Untuk ke PiyaMit Tunnel dan Betong Hot Spring
PIYA MIT TUNNEL TURN LEFT 
Kawasan Persinggahan Rehat di Perjalanan.. Boleh Tengok View Bukit2 Sempadan Malaysia Thailand 
Laluan Masuk Ke Betong Municipality Park

PiyaMit Tunnel / Terowong PiyaMit

Pengenalan PiyaMit Tunnel
Peta Betong dan Wilayah Yala
Laluan Mendaki Bukit di PiyaMit Tunnel
Antara Laluan ke Terowong PiyaMit
Patung Komunis Malaya Angkat Tabik
Welcome PiyaMit Tunnel
Museum dan Peralatan Pembuatan Peluru dan Senjata
Laluan Masuk Terowong Bawah Tanah
Keadaan di dalam Terowong PiyaMit
Antara Kawasan Dalam Terowong PiyaMit 
Masih Jauh Ke Dalam
Ruangan Kerja Bagi Pemimpin Komunis Malaya
Ruangan Bagi Gerila Komunis Mendapatkan Perubatan
Antara Jalan Keluar dari Dalam Terowong PiyaMit
Jalan Keluar Ke Tempat Latihan Ketenteraan
Kawasan Tempat Memasak Kem
Antara Kawasan Memasak di Kawasan Kem Division ke-2 Komunis Malaya
Tempat Ruangan Tahanan dan Pembelot
Ruangan Udara bagi menghasilkan udara ke bahagian Bawah Tanah dalam Terowong
Pandangan Sebahagian Kem Division Ke-2 Komunis Malaya
Kawasan Perbincangan Stategik Peperangan
Kawasan Perkhemahan Gerila Angkatan Bersenjata Komunis Malaya
Ruangan Makan dan Pembelajaran Ugama
tqsungai rapat online
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger