Label 10

Home » » TERKINI !! PELAJAR KELANTAN MURTAD D PULIHKAN DGN CARA DENGAR CERAMAH POLITIK ?? gilOO !!

TERKINI !! PELAJAR KELANTAN MURTAD D PULIHKAN DGN CARA DENGAR CERAMAH POLITIK ?? gilOO !!

Written By AAKJ on Wednesday, September 21, 2011 | 9:50 AM




KOTA BHARU 21 Sept. - Mahkamah Rayuan Syariah di sini hari ini membatalkan perintah terhadap seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Dungun, Terengganu untuk ditempatkan di Unit Dakwah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEIK) bagi memulihkan akidahnya selepas mengaku murtad.

Mohamad Fariz Ilham Mohd. Zulkifli, 19, yang berasal dari Pengkalan Chepa itu sebelum ini ditempatkan di bawah pengawasan Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) untuk mendapatkan bimbingan sewajarnya.

Panel rayuan itu dipengerusikan oleh Ketua Hakim Syarie, Kelantan, Datuk Daud Muhammad yang bersidang dengan dua panel lagi iaitu, Penasihat Perundangan Syariah, Jabatan Peguam Negara, Tan Sri Syeikh Ghazali Abd. Rahman; dan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.

Dalam keputusan tersebut, panel rayuan sebulat suara bersetuju dan berpuas hati dengan rayuan yang dikemukakan oleh Ketua Pendakwa Syarie Kelantan, Hashim Deraman bahawa tempat yang dipilih sebelum ini tidak sesuai atau tidak selesa untuk memulihkan akidah Mohamad Fariz Ilham yang dinamakan sebagai responden.

Ini kerana mahkamah mendapati, responden lebih banyak menyertai aktiviti ceramah yang dianjurkan oleh JHEIK sedangkan ia memerlukan lebih bimbingan, perlindungan serta makan dan minum.

Pihak pendakwa juga mengesyorkan agar responden diletakkan di pusat pemulihan akidah Ulu Yam, Selangor dengan makan dan minumnya ditanggung oleh JHEIK atau mana-mana pusat pemulihan yang sesuai namun cadangan itu ditolak oleh mahkamah.

Dalam prosiding itu, Mohamad Fariz Ilham juga ditanya sama ada akidahnya telah pulih atau sebaliknya.
Remaja itu dengan nada perlahan menjawab: “Pada bulan Ramadan baru-baru ini saya berpuasa atas kerelaan sendiri dan tidak membantah. Saya rasa ada perubahan pada diri sendiri, tetapi kena ambil masa.”
Selepas mendengar keputusan itu, responden memohon mahkamah melepaskannya daripada pengawasan MAIK jika permohonannya sebagai penjawat awam di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di bahagian pembimbing di Jabatan Orang Asli, diterima.

``Saya kurang gemar mendengar cakap-cakap orang (teguran) kerana lebih suka dengan cara sendiri. Dengan adanya pekerjaan sebagai pembimbing orang Asli, saya berharap mampu membantu saya membimbing diri sendiri ke arah yang lebih baik,’’ katanya.

Bagaimanapun hakim berkata, ia bergantung kepada keputusan MAIK.
Pada 24 April lalu, Mohamad Fariz dirujuk oleh keluarganya ke JHEIK selepas mengaku keluar daripada Islam dan memeluk agama Kristian.

Mahkamah Tinggi Syariah di sini mengeluarkan perintah pada 2 Mei lalu supaya responden diletakkan di bawah pengawasan Unit Dakwah di JHEIK.

Permohonan itu menyebut Mohamad Fariz, yang menggunakan nama samaran Tyrone, mula berjinak-jinak dan menghadiri upacara gereja sejak 3 Disember 2010 serta mengaku berhasrat menukar agama di luar negara.



– Utusan
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger