Tanjong Malim, 20 Sept. – Tinjauan UPSIkini dalam isu penempatan graduan pendidikan di universiti ini dan beberapa universiti lain mendapati 85 % daripada mereka yang disoal selidik tidak menolak akan membuat keputusan mengundi Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum akan datang sekiranya masalah penempatan mereka masih tergantung.
Isu penempatan yang masih menjadi tanda tanya di kalangan graduan pendidikan seluruh IPTA dikatakan menjadi punca utama kepada kecenderungan mereka memilih PR apabila melihat pihak kementerian yang bertanggungjawab tidak dapat menyelesaikan isu ini meskipun sudah beberapa kali keluhan mereka disiarkan di akhbar tempatan.
Menurut salah seorang graduan yang dihubungi, keputusan pihak kementerian dalam memberi tawaran kepada 13000 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) merupakan salah satu punca mengapa graduan pendidikan yang melanjutkan pengajian selama 4 tahun dalam bidang ini dipinggirkan daripada diserap ke jawatan tersebut.
“Pihak kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran seharusnya membuka ruang dan peluang juga kepada kami sebagai graduan dalam bidang pendidikan dan bukannya mengambil GSTT secara pukal tanpa memikirkan implikasi terhadap graduan seperti kami”.
Tambahnya lagi, “ Laungan pihak kerajaan untuk membuat transformasi dan memberi ruang kepada anak muda menabur bakti kepada negara nampaknya seakan-akan omongan kosong apabila luahan kami yang hampir kesemuanya anak muda tidak diendah oleh pihak kerajaan dan sebagai pengundi yang berdaftar kami mungkin bersuara melalui undi dalam pilihanraya akan datang”.
Untuk rekod, UPSI merupakan universiti yang mengeluarkan graduan pendidikan paling ramai sejak ditubuhkan.
SUMBER UPSIKINI
+ comments + 3 comments
Kalau korang rasa dengan memilih pakatan,masalah korang boleh selesai,silakanlah..
Sebagai orang yg cerdik2..itukah ajekah yg korang mampu fikirkan?
Sebagai orang yg cerdik2 korang tentu lebih faham maksud peribahasa melayu.JANGAN KERANA MARAHKAN NYAMUK KELAMBU DIBAKAR...korang yg cerdik2 ni fikir2kan lah yer...
Mereka ini kalau diambil dan ditempatkan untuk bertugas ... sudah tentu pangkah pembangkang. Belum dpt kerja dah ugut Kementerian Pelajaran . Bila dah jadi cikgu .. malas pulak. Sabarlah sikit.. Nak salahkan GSTT .. GSTT ini ditugaskan sebagai sementara sahaja.
Mereka ini tak layak menjadi pendidik jika masalah lewat posting pun dah diugut kerajaan untuk mengundi pembakang. Dasar tidak bertrima kasih peluang pendidikan percuma yang telah diberikan kepada mereka ini. Nanti bila diberi perenmpatan di kawasan luar bandar pun mereka ini tetap tidak berpuas hati juga. Kalau sudah awal2 tanda suara mereka ini pembangkang pasti nanti jika dilayan kehendak mereka pun, mereka ini tetap sokong pembangkang. Ketua pemimpin belia itu pun adalah Idola yang memjadi ikutan mereka.Adakah si pemimpin belia yang selalu memberi caramah dipentas PKR itu sudah diberi penemtan?....Elok sangat puak-puak ini dipeti sejukkan dahulu kurang lebih 2-3 tahun daripada diberi posting. Lihat sejauhmana dia orang menbuat ugutan. Elok sangat mereka ini mengajar ajar di PASTI saja dan tak layak untuk mengajr anak bangsa jika pemikiran sudah diresapi pembangkang.Buang duit kerajaan aja...
Post a Comment