Label 10

Home » » JANJI KERAJAAN KELANTAN JANJI MUNAFIK !!

JANJI KERAJAAN KELANTAN JANJI MUNAFIK !!

Written By AAKJ on Thursday, September 15, 2011 | 7:54 PM

MINAH menunjukkan bangku yang terpaksa dibina bagi menyelamatkan perabot daripada rosak akibat banjir di Taman Perumahan Thirteen Avenue, Kota Bharu.
MINAH menunjukkan bangku yang terpaksa dibina bagi menyelamatkan perabot daripada rosak akibat banjir di Taman Perumahan Thirteen Avenue, Kota Bharu.
 
 
Taman Perumahan Thirteen Avenue dilanda banjir sejak 6 tahun lalu

KOTA BHARU: Selama enam tahun, penduduk Taman Perumahan Thirteen Avenue dan kampung sekitar di Wakaf Stan, di sini, terpaksa berhadapan banjir sehingga mereka mengalami kerugian besar.
Setiap kali musim tengkujuh pada hujung tahun, kawasan berkenaan ditenggelami air sedalam dua meter sehingga menyebabkan mereka terpaksa berpindah dan ada yang terpaksa menjadikan pejabat sebagai rumah sementara.
Ketika banjir awal tahun ini, saya, isteri dan dua anak terpaksa tidur di pejabat. - Zabidi Ishak, Penduduk
Kini, kira-kira 300 penduduk di kawasan itu menuntut janji yang pernah dibuat Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB), Nazran Mohamad pada awal tahun ini untuk menyelesaikan masalah banjir berkenaan.

Penduduk, Zabidi Ishak, 42, berkata musim tengkujuh dijangka tiba pada hujung tahun ini tapi masalah banjir di kawasan itu belum diselesaikan.

"Ketika banjir awal tahun ini, saya, isteri dan dua anak tidur di pejabat selama lebih seminggu. Keadaan kami ketika itu amat menyedihkan.

"Ketika itu, MPKB memberi jaminan menyelesaikan perkara berkenaan dalam tempoh dua minggu selepas lawatan mereka ke sini dan MPKB menggali parit sementara sepanjang 200 meter dari kawasan perumahan ke jalan besar.
"Bagaimanapun, parit sementara itu tertimbus dan menimbul masalah apabila ada taman perumahan baru dibina berhampiran sehingga menghalang air ke parit itu," katanya ketika ditemui, di sini.

Zabidi berkata, MPKB turut berjanji akan mengeluarkan seberapa banyak peruntukan bagi menyelesaikan masalah berkenaan kerana kawasan perumahan berkenaan paling teruk terjejas ketika musim tengkujuh di Kota Bharu.

Minah Daud, 61, pula berkata beliau terpaksa membina bangku panjang dalam rumah untuk meletakkan perabot, televisyen dan peti sejuk bagi mengelak kerosakan.

"Walaupun lantai rumah kira-kira satu meter daripada tanah, hujan yang menyebabkan air bertakung di kawasan perumahan boleh mencecah hingga dua meter hingga menyebabkan perabot rosak.

"Pengalaman yang saya tidak dapat lupa adalah pada awal tahun ini apabila saya terpaksa meletakkan anak kelainan upaya (OKU), Noor Fauziah Yusoff, 45, yang tidak boleh berjalan dalam besen untuk menyelamatkannya ketika berpindah," katanya.

BH
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger