adakah kerana kes anwar langgan pelacor ??
Kalau dulu, dengar sayup-sayup je.
Dikatakan semakin ramai pemimpin pembangkang terutamanya dari DAP dan PAS cuba merancang siapakah yang akan menggantikan Anwar sebagai bakal Perdana Menteri. Bagi DAP dan PAS, hayat Anwar dalam dunia politik semakin singkat. Talian hayat yang biasa Anwar dapat dari luar negara semakin berkurangan.
Malah, cerita mengenai perjumpaan antara Ku Li dengan Nik Aziz telah disahkan kesahihan berita tersebut. Cerita ini macam cerita Kerajaan Perpaduan. Mula-mula dok nafi. Akhir sekali kebenaran akan terserlah.
Hari ini keluar berita mengenai peguam Anwar sendiri menghentamnya.
Klik untuk besarkan imej. |
Pemimpin-pemimpin DAP dan PAS tahu mengenai kes liwat ini dengan lebih terperinci tetapi mereka masih mengikut game plan Anwar kerana Anwar masih boleh dipergunakan lagi.
Dalam hakikat yang sebenar, tiada konspirasi yang dibuat oleh BN untuk menjatuhkan Anwar dengan menggunakan kes liwat. Yang ada konspirasi untuk menggantikan Anwar Ibrahim sebagai bakal PM secepat mungkin. Jika kes liwat adalah konspirasi BN, bagaimakah Singapura, Australia dan Amerika Syarikat sendiri mengetahui hakikat bahawa Anwar seorang peliwat? Berapa banyak BN bayar diplomat ketiga-tiga negara tersebut untuk bersekongkol dengan BN? BN tidak bersama-sama mereka tetapi telah mengetahui perkara ini lebih awal lagi. Sekitar pertengahan tahun 90an, pegawai kedutaan Singapura telah melaporkan kepada Kuan Yem mengenai perangai buruk Anwar Ibrahim. Perkara ini kemudiaanya disampaikan kepada Tun Mahathir oleh Kuan Yew sendiri semasa pertemuan 4 mata antara mereka. Namun, ketika itu Tun Mahathir menolak kenyataan Kuan Yew kerana beliau yakin bahawa Anwar tidak melakukan perkara tersebut.
Sebab itulah apabila Tan Sri Harussani cuba memujuk Tun untuk tidak memecat Anwar, Tun tetap dengan keputusannya. Kerana Tun telah mengetahuinya lebih awal melalui Kuan Yew. Dan ketika itu Tun yakin bahawa keputusannya akan dapat menyelamatkan lebih ramai rakyat dari menjadi mangsa kerakusan Anwar Ibrahim. Hal ini dijelaskan oleh Tun Mahathir sendiri dalam buku beliau, A Doctor In The House:
1. Kisah yang diceritakan oleh Ummi Hafilda selari dengan perincian peristiwa oleh Tun Dr. Mahathir.
- Tun Dr. Mahathir telah diberitahu mengenai salah laku Anwar sekurang-kurangnya empat tahun sebelum pemecatan beliau, pertama kali oleh Ketua Polis Negara ketika itu, Tun Haniff Omar. Mahathir tidak percaya Anwar berkelakuan sedemikian.
- Tun Dr. Mahathir bersikap adil apabila menemui kesemua saksi dan mangsa seks Anwar bagi mendapatkan kepastian sebelum membuat keputusan.
- Tun Dr. Mahathir turut menemui kepimpinan Umno seluruh Negara bagi mendapatkan pandangan mengenai tindakan yang paling sesuai yang boleh diambil ke atas Anwar.
- Tun Dr. Mahathir mempunyai bukti-bukti yang kukuh berhubung penglibatan Anwar dalam salah laku seks; beliau menunjukkan bukti bergambar ketika pertemuan dengan kepimpinan Umno seluruh Negara.
- Tindakan pemecatan Anwar bagi mengelakkan beliau menjadi bebanan kepada Kerajaan kerana tindakan salah laku seks tersebut boleh mengakibatkan pihak luar mengambil kesempatan untuk memberikan tekanan kepada Negara.
- Anwar turut diberikan peluang untuk menjelaskan dan mempertahankan dirinya dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO – bukti demokrasi diamalkan dalam UMNO.
- Anwar bukan sahaja gagal menjelaskan perbuatannya, malahan menggalakkan penyokongnya untuk bertindak ganas ke atas Tun Dr. Mahathir sendiri selepas mesyuarat tersebut selesai.
- Tun Dr. Mahathir mengesahkan tindakan kepura-puraan PAS yang suatu ketika dahulu mengkritik Kerajaan kerana menyimpan pemimpin yang mempunyai masalah moral, tetapi mengubah pendirian apabila Anwar tidak lagi dalam Kerajaan.
- Pada waktu itu Sukan Komanwel sedang berlangsung, maka Tun Dr. Mahathir tidak mempunyai masa untuk menerangkan segala-galanya secara terperinci kepada umum. Apabila beliau mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin UMNO di peringkat bahagian dan cawangan, terdapat sebahagian yang tidak menerima penjelasan beliau kerana Anwar menampakkan dirinya sebagai seorang yang warak.
- Tun Dr. Mahathir telah mengadakan satu sidang akhbar pada 22 September bagi menjelaskan tindakan beliau memecat Anwar. Ekoran ini beliau telah disaman RM100juta oleh Anwar atas tuduhan memfitnah dan memburukkan beliau di khalayak ramai, tetapi digugurkan mahkamah di atas justifikasi kebenaran dan hak istimewa (justifactions of truth and qualified privilege) di atas tanggungjawab undang-undang, moral dan sosial beliau sebagai PM untuk menerangkan sesuatu perkara berkaitan kepentingan rakyat (public interest).
- Tindakan Anwar yang terus-terusan mengajak rakyat berdemonstrasi dan melakukan kerosakan terhadap ibu pejabat UMNO dan rumah kediaman Tun Dr. Mahathir telah memaksa pihak polis untuk menahan beliau meskipun Sukan Komanwel masih berlangsung. Tindakan ini dilihat sebagai peluang oleh agensi-agensi berita asing untuk memburukkan imej Kerajaan, di samping menuduh perbezaan pendapat di dalam hal berkaitan kawalan krisis mata wang sebagai punca utama pemecatan beliau.
- Tun Dr. Mahathir menegaskan kepada pihak polis supaya Anwar mestilah ditangkap secara terhormat dan dilayan dengan baik agar beliau tidak dilihat sebagai political martyr di kalangan masyarakat umum. Namun sebaliknya yang berlaku dan insiden mata lebam telah memberikan kelebihan ini kepada Anwar.
- Anwar telah didapati bersalah di atas tuduhan penyalahgunaan kuasa ekoran arahan beliau kepada Pengarah Cawangan Khas, Datuk Mohamad Said Awang, untuk mengugut Ummi Hafilda supaya menarik balik kandungan surat yang ditulis beliau kepada Tun Dr. Mahathir.
- Walau bagaimanapun, Tun Dr. Mahathir kecewa dengan perjalanan perbicaraan kes liwat Anwar yang dianggapnya sebagai kelam kabut dan tidak terurus, sehingga menyebabkan Anwar dilihat sebagai mangsa konspirasi.
- Tun Dr. Mahathir menegaskan rata-rata rakyat Malaysia masih menganggap Anwar tidak bersalah di dalam kes liwat 1999 kerana tidak cuba memahami keputusan yang dibuat oleh mahkamah, yang menggugurkan kes tersebut di atas sebab teknikal semata-mata iaitu tarikh kejadian yang tidak tepat.
- Tun Dr. Mahathir juga mengulas tuduhan bahawa beliau memanipulasi perbicaraan kes liwat dengan menegaskan bahawa pertuduhan tersebut adalah jelas beserta dengan bukti sahih, tetapi majoriti rakyat yang berbangsa Melayu-Islam masih sukar untuk percaya bahawa Anwar yang berimej warak melakukan perbuatan terkutuk tersebut.
- Beliau turut membangkitkan kes liwat terbaru Anwar dan berpendapat Anwar patut melakukan sumpah, sama seperti yang dilakukan oleh Saiful Bukhari.
- Tun Dr. Mahathir juga mengakui sukar untuk beliau memaafkan Anwar kerana telah memburukkan beliau di mata dunia, tetapi beliau menegaskan keputusan tersebut adalah paling tepat.
TQMYMASSA
Post a Comment