Label 10

Home » » PAPAGOMO-SOMALIA !! Humanitarian Assistance Somalia DAY 3 - Pagi Raya Di Mogadishu Sukarelawan Diserbu

PAPAGOMO-SOMALIA !! Humanitarian Assistance Somalia DAY 3 - Pagi Raya Di Mogadishu Sukarelawan Diserbu

Written By AAKJ on Tuesday, August 30, 2011 | 4:24 PM


Masjid Isbahasyiga Mogadishu Somalia

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat seluruh rakyat Malaysia, Gomo dan pasukan Sukarelawan Kelab Putera 1 Malaysia pada awal pagi tadi menunaikan solat Aidilfitri di Masjid Isbahasyiga yang terletak dalam bandar Mogadishu Somalia.

Bekas lubang peluru dibangunan Masjid Isbahasyiga

Untuk makluman Masjid Isbahasyiga ini merupakan satu satunya Masjid didalam bandar Mogadishu yang berfungsi dengan baik dilengkapi dan bangunan nya masih elok serta kukuh. Difahamkan masjid lain didalam Mogadishu agak usang dan kebanyakkan nya telah runtuh.



Sekitar 5 ribu orang menunaikan solat Aidilfitri pagi tadi dan ini tidak termasuk dengan mereka yang diluar Masjid yang menagih simpati untuk mendapatkan duit ataupun sebagainya yang disumbangkan oleg orang orang besar Somalia.



Dato Azeez Rahim Ketua Misi Sukarelawan Kelab Putera
1 Malaysia menyampaikan sumbangan

Tentera Sementara Somalia
mengawal keadaan



Sukarelawan cuba mengawal keadaan


Selesai Solat Aidilfitri Dato Azeez Rahim ketua misi dibantu dengan sukarelawan lain mengagihkan sumbangan berupa selipar, kain pelekat, kopiah dan juga tudung buat mereka yang hidup susah di Somalia in.

Tentera Sementara Somalia yang mengiringi kami mengawal keadaan bagi mengelakkan mereka yang meminta sedekah dari berebut rebut namun usaha tersebut diluar jangkaan apabila lebih ramai peminta sedekah yang menyerbu memaksa para sukarelawan beralih dari satu lokasi ke satu lokasi sehingga terpaksa menaiki Truck.


rakyat Somalia menyerbu kearah para sukarelawan

Usaha tersebut juga Gagal bila keadaan tidak lagi dapat dikawal dan atas nasihat pasukan tentera simpanan Somalia mengesa agar sukarelawan Malaysia beredar segera dari lokasi Majis.

Kami seterusnya beredar dari Masjid Isbahasyiga dan kembali ke Hotel.

Apa yang Gomo lihat hari ini merupakan satu pengalaman yang bermakna dalam hidup. Kepayahaan rakyat Somalia sehinggakan agihan kopiah, selipar jepun pun menyebabkan mereka berebut dan ada yang bergaduh memberikan kita satu mesej bahawa apabila kepayahan hidup mencengkam diri apa sahaja menjadi satu yang bernilai walaupun ianya hanyalah selipar jepun.

Wajah WajahKesesangraan

Bersyukur lah kita rakyat Malaysia yang hidup aman dan damai dibumi bertuah kerana setakat hari ini belum ada lagi rakyat kita walaupun mereka yang merempat berebut selipar jepun dalam kehidupan mereka.

Perpaduan diantara kita merupakan kunci kemakmuran negara dan jika perpaduan tidak dicapai maka tidak mustahil kita juga akan jadi seperti Somalia yang bergolak akibat dari perpecahan sesama mereka.


Untuk gambar gambar lain sila layari FB Papa Gomo Jahat dan cari di Album
TQPAPAGOMO
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger