Ribuan banjiri rumah terbuka PM, Kabinet di Seri Perdana
30/08/2011 3:06pm
PUTRAJAYA 30 Ogos – Ribuan rakyat berbilang kaum mula mengunjungi Rumah Terbuka Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Seri Perdana di sini yang bermula tengah hari ini.
Orang ramai mula membanjiri pekarangan Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri, sejak pukul 11 pagi untuk sama-sama memeriahkan sambutan Aidilfitri bersama pemimpin negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berbaju Melayu warna merah lembayung bersama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; serta barisan menteri Kabinet mula menerima tetamu pada 12 tengah hari.
Cuaca panas terik tidak melunturkan semangat orang ramai yang berbaris untuk bersalaman dengan Perdana Menteri dan para kenamaan.
Rumah terbuka itu dijadual berlangsung sehingga 6 petang.
– Bernama
Post a Comment