PRU-13: DAP Melayu ganti PKR
PULAU PINANG 26 Ogos - DAP berhasrat menggantikan kerusi-kerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri ini yang dianggap goyah dengan meletakkan calon Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-13.Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras DAP Melayu, Zulkifli Mohd. Noor berkata, langkah tersebut perlu bagi memastikan kerusi-kerusi yang dikuasai pembangkang terus kekal.
Menurutnya, perkara itu sudah dibayangkan kepada pemimpin atasan pembangkang dan terpulang kepada mereka untuk memutuskannya.
"Banyak kerusi di negeri ini dilihat lemah dan boleh hilang pada pilihan raya akan datang.
"Kalau mahu terus memperkuatkan pembangkang di negeri ini, kita tidak boleh terus bersikap degil sebaliknya meletakkan calon lebih berkaliber di kerusi-kerusi lemah ini," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Pada pilihan raya umum lalu, PKR meraih sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan empat Parlimen di negeri ini.
Zulkifli berkata, sebagai contoh, kerusi-kerusi DUN Sungai Pinang dan DUN Tanjung Bungah dianggap lemah dan perlu diambil tindakan oleh pucuk pimpinan pembangkang.
Bagaimanapun, jelasnya, calon-calon Melayu DAP hanya diletakkan di kawasan-kawasan yang dihuni pengundi pelbagai kaum.
TQUTUSAN
+ comments + 1 comments
Kalah..memang kalahlah kalau DAP melayu talibarut bintang tiga nak mengelabukan mata pengundi melayu. Orang melayu tidak akan lupa apabila DAP Lim Guan Eng angkat sumpah jadi ketua menteri pulau pinang, tidak buang masa sesaat pun untuk membuang dasar ekonomi baru yang melindungi melayu dan bumiputra. Apa orang melayu DAP/PKR/PAS buat...congkil tahi hidung dan peluk tubuh aje....mengapa tak pertahankan dasar ekonomi baru????
Post a Comment