Label 10

Home » » tuiHHH !! AKU INGAT BERANI SANGAT PENGANUT BABIGA NIH !!

tuiHHH !! AKU INGAT BERANI SANGAT PENGANUT BABIGA NIH !!

Written By AAKJ on Friday, July 8, 2011 | 9:33 AM


KOTA BHARU - Seorang peniaga dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini kerana di tuduh memakai dan memiliki baju-T bertulis perkataan yang mempunyai kepentingan pertubuhan haram.


Mohd Amizul Fazly Mohamed Sudin, 33, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Azrul Abdullah.


Bagi pertuduhan pertama, Moha Amizul Fazly didakwa mempamerkan pakaian yang tertera tulisan BERSIH 2.0 disebuah kedai runcit di Kampung Permatang Piah, Bachok, pada pukul 2.40 petang, dua hari yang lalu, manakala bagi pertuduhan yang kedua, dia didakwa memiliki enam helai baju-T yang tertera perkataan BERSIH2.0. Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966, jika sabit kesalan, boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun atau denda tidak melebihi RM5.000 kerana menyiar dan memiliki perkataan yang tertera bagi kepentingan pertubuhan haram.


Azrul kemudian menetapkan 10 Ogos ini untuk sebutan semula kes itu di Mahkamah Majistret Bachok dan mengenakan jaminan RM4.000 kepada Mohd Amizul Fazli bagi kedua-dua pertuduhan itu.


Mohd Amizul Fazly diwakili peguam Firdaus Mohd Yusuf, Ahmad Najib Deris dan Abdul Rashid Yah manakala pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Abdul Razak Hussin.
Berita dan gambar ihsan - KELATEKITO.NET
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger